Label Khas GST: Tunggu Cadangan MRA - KPDNKK

Diterbitkan: Jumaat, 12 Disember 2014 9:30 AM

Alias Ahmad.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Cadangan label khas bagi barangan yang dikenakan dan dikecualikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) masih belum diputuskan sehingga kini berikutan pelaksanaannya mungkin memberi kesan kepada kos barangan.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad berkata, kesan terhadap kos tersebut dibangkitkan dalam satu perbincangan wakil kementerian bersama Persatuan Peruncit Malaysia (MRA) mengenai hal-hal berkaitan GST pada pertengahan bulan lalu.

Sehubungan itu katanya, satu cadangan lain yang menggunakan kaedah hampir sama dengan label khas namun pendekatan berbeza akan dikemukakan.

“Kita telah adakan berbincang dengan Persatuan Peruncit Malaysia. Belum ada keputusan lagi (cadangan label khas GST).

“Mereka kata cadangan itu membabitkan satu sistem yang akan mencetak warna label berbeza. Ia boleh buat tetapi akan membabitkan kos lebih tinggi.

“Tetapi saya minta supaya MRA memberikan satu cadangan lain, kaedah yang hampir sama tetapi pendekatan yang berbeza,” katanya kepada mStar Online.

Kerajaan sebelum ini pada dasarnya bersetuju untuk melaksanakan penggunaan label khas menggunakan warna berbeza bagi barangan yang tidak dikenakan dan dikecualikan GST termasuk cukai kadar sifar.

Mengenai kos tambahan itu, Alias berkata: “Kita kena lihat kos itu akan diserapkan kepada siapa. Kita tidak mahu disebabkan kos itu, ia akan membebankan pengguna.”

Beliau menambah, cadangan daripada MRA itu nanti akan diusulkan dalam satu perbincangan semula dengan KPDNKK tidak lama lagi.

“Apa yang penting rakyat dapat membezakan barangan mana yang ada dan tanpa GST serta cukai kadar sifar. Mereka akan tampilkan penyelesaian lain,” katanya.

Menurut Alias, cadangan daripada MRA itu kemudiannya akan diteliti dan mendapatkan pandangan mengenainya daripada pelbagai pihak.

Pelaksanaan GST yang akan berkuat kuasa pada 1 April tahun depan bakal menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

 

 

 

 

 

 

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan