Perairan P Pinang, Langkawi Laluan Masuk Utama Pendatang Haram - APMM

Diterbitkan: Jumaat, 12 Disember 2014 10:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengenal pasti perairan Pulau Pinang dan Langkawi sebagai laluan aktif penyeludupan masuk pendatang haram.

Namun Pengarah Siasatan Jenayah APMM, Laksamana Pertama Maritim Datuk Zulkifli Abu Bakar berkata, pihaknya sentiasa memantau kawasan pantai negara sepanjang 4,490 kilometer bagi membanteras kemasukan pendatang haram sama ada secara diseludup atau diperdagangkan.

Beliau diminta mengulas laporan Bernama semalam bahawa aliran keluar pelarian dari Teluk Benggala memuncak pada bulan Oktober dan untuk tahun ini sahaja, 21,000 pelarian Rohingya dan warga Bangladesh dilapor belayar menuju Asia Tenggara dengan Malaysia dan Thailand merupakan destinasi pilihan utama.

"Kami sentiasa mengutamakan keselamatan perairan negara dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak, kerana kemasukan pendatang haram bukan sahaja akan meningkatkan kadar jenayah, tetapi memberi ancaman dari segi sosial dan kesihatan," katanya kepada Bernama.

Beliau menjelaskan terdapat akta bagi membanteras pendatang haram iaitu  Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran 2007 (Pindaan 2010) serta Akta Imigresen 1959.

Sementara itu Presiden Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia, Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya berkata kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar perlu menjalankan pemantauan secara konsisten serta mengehadkan kemasukan pendatang haram ke dalam negara.

"Warga asing mampu mengganggu ketenteraman rakyat tempatan seperti jenayah yang dilakukan warga Myanmar di Pulau Pinang sesama mereka.

"Kerajaan juga perlu memperketatkan undang-undang," katanya.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini berkata, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia, sebanyak 9,496 kes jenayah membabitkan warga asing dilaporkan berlaku sepanjang lapan bulan pertama tahun ini.

Ia merupakan 11.2 peratus daripada keseluruhan 85,029 kes yang direkodkan dalam tempoh yang sama di seluruh negara.

Tags / Kata Kunci: pendatang haram , Langkawi , maritim , APMM

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan