Pakatan Berfungsi Seperti Biasa Walaupun MPP Lewat Bermesyuarat - Anwar

Diterbitkan: Jumaat, 12 Disember 2014 7:03 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiada apa yang perlu dirisaukan mengenai kelewatan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat walaupun wujud situasi kurang baik di kalangan pemimpin pakatan pembangkang itu.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bagaimanapun berkata, semua program dan mesyuarat di peringkat sekretariat berjalan seperti biasa, termasuk pembentangan bajet alternatif pada Oktober lalu.

Memberi maklum balas terhadap kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Anwar berkata, pemimpin veteran tentu sekali akan menyuarakan kebimbangannya terutama dalam konteks kelewatan mesyuarat dan memberi peringatan kepada rakan sekutu lain.

"Dia menyatakan mengenai kelewatan mesyuarat dan saya telah sampaikan perkara ini kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) supaya kami dapat menetapkan tarikh yang sesuai pada awal Januari untuk meneruskan agenda Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Sebelum ini, Kit Siang mempertikaikan masa depan Pakatan terutama pada Pilihan Raya Umum ke-14, selepas kepimpinannya gagal bermesyuarat kerana situasi yang kurang baik di peringkat dalaman gabungan pembangkang itu.

Anwar bagaimanapun menjelaskan, ketiga-tiga parti komponen memainkan peranan dalam menghasilkan bajet alternatif itu, walaupun mesyuarat majlis pimpinannya tidak diadakan ketika itu.

"Perkara ini berlaku pada Oktober atau November. Situasi ini tidak membimbangkan tetapi Kit Siang perlu menegur supaya Pakatan kekal relevan," katanya.

Beliau juga menafikan berlakunya pertelingkahan antara Hadi dan beberapa pemimpin Pakatan lain sejak tercetusnya krisis menteri besar Selangor.

"Tidak benar. Saya bersama Hadi dalam dua mesyuarat di Parlimen baru-baru ini dan beliau memaklumkan akan ke luar negara selama satu atau dua bulan," katanya.

Hadi juga dikritik oleh DAP kerana gagal hadir pada mesyuarat Pakatan tahun ini dan sering memberi alasan kesihatan sebagai punca.







Tags / Kata Kunci: PKR , Pakatan , Anwar Ibrahim , Hadi Awang

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan