MH370: Masih Ada Keluarga Mangsa Belum Mahu Terima Pendahuluan Pampasan

Diterbitkan: Khamis, 11 Disember 2014 2:59 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Banyak keluarga mangsa tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak Mac lepas, belum mahu menerima wang pendahuluan pampasan US$50,000 (RM165,000) yang disediakan untuk setiap keluarga waris oleh syarikat penerbangan itu.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ini kerana anggota keluarga masih menaruh harapan bahawa penumpang MH370 selamat dan akan kembali ke pangkuan mereka.

"Kami telah pun menghulurkan pampasan pendahuluan sebanyak US$50,000 kepada ahli-ahli keluarga, malangnya ramai yang belum mahu mengambilnya kerana mereka masih menganggap bahawa ahli keluarga mereka masih hidup, kerana kita tak temui lagi pesawat mahupun mayat daripada tragedi MH370," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Raja Roopiah Raja Abdullah yang ingin tahu status pampasan yang diberikan kepada anggota keluarga mangsa MH370, pada persidangan Dewan Negara di sini, Khamis.

Pesawat MH370 dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam perjalanan ke Beijing apabila ia hilang kira-kira sejam selepas memulakan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac lepas.

MAS menawarkan wang pendahuluan pampasan itu sebagai sebahagian daripada bayaran pampasan penuh kepada setiap keluarga mangsa.

Liow turut mengulangi pendirian kerajaan bahawa pencarian pesawat itu terus menjadi keutamaan dan kerajaan Malaysia komited dalam usaha pencarian bersama kerajaan Australia dan China.

"Sehingga kini operasi pencarian pesawat MH370 memasuki fasa operasi pencarian laut dalam yang diketuai Australian Transportation Safety Bureau.

Operasi dimulakan Oktober lalu dan akan diteruskan dalam tempoh 12 bulan.

"Sehingga kini operasi pencarian laut dalam melibatkan penerokaan menyeluruh kawasan dasar laut yang dipetakan meliputi lebih daripada 9,600 kilometer persegi," katanya.

Beliau berkata, sekiranya pesawat MH370 ditemui di dasar laut, fasa seterusnya akan diteruskan iaitu 'recovery phase' untuk mendapatkan semula pesawat tersebut dari dasar laut.

Tags / Kata Kunci: MAS , MH370 , pampasan , Liow Tiong Lai

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan