Sultan Selangor 'Penat' Dengan Permainan Politik

Diterbitkan: Khamis, 11 Disember 2014 8:20 AM

Sultan Sharafuddin Idris Shah

(Ubah saiz teks)

EKSKLUSIF

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dan pasukannya perlu bekerja lebih keras untuk memberikan khidmat kepada rakyat dan mengekalkan kedudukan negeri ini, titah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sultan bertitah, baginda sudah 'penat' dengan permainan politik dan mahu melihat hasilnya mulai sekarang.

"Beta mahu Azmin memberikan khidmat kepada rakyat," titah Sultan Sharafuddin dalam satu temu bual dengan The Star sempena ulang tahun baginda ke-69, Khamis.

"Rancang dengan baik untuk jangka masa panjang, dapatkan orang yang tepat untuk melaksanakan pelan dan tinggalkan warisan pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat dan generasi akan datang," titah Sultan Sharafuddin, yang tidak menyembunyikan kekecewaannya terhadap krisis menteri besar di Selangor.

Sultan telah mengingatkan pemimpin negeri supaya mengelakkan keputusan atau kenyataan populis: ".  Jangan cuba untuk menjadi seorang wira dengan mengorbankan rakyat"

Menyentuh mengenai suasana politik kucar-kacir yang membawa kepada pelantikan Azmin sebagai menteri besar, Sultan Sharafuddin bertitah proses demokrasi tidak boleh disalahgunakan.

Kebimbangan utama baginda ialah pada bulan-bulan tertentu di mana berlaku masalah peralihan jawatan menteri besar dan telah menjejaskan fungsi kerajaan negeri.

Sultan Sharafuddin bertitah gangguan terhadap pentadbiran negeri itu 'sangat, sangat mementingkan diri sendiri'.

Baginda bertitah bahawa baginda terkejut apabila pertama kali mendengar tentang Langkah Kajang, cara PKR untuk memaksa pilihan raya kecil (PRK) diadakan  dan kemudian menjatuhkan menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan