Peniaga Dilarang Guna Slogan 'Jualan PraCBP' - Hassan Malek

Diterbitkan: Khamis, 11 Disember 2014 9:49 PM

Hasan (empat, kanan) menerima cek daripada Pengarah Kewangan GCH Retail Malaysia, Vincent Jegou untuk sumbangan bantuan banjir di Putrajaya, Khamis. 
Hasan kemudiannya menyerahkan sumbangan tersebut kepada wakil Briged Kesatria Muda dari negeri-negeri yang terlibat dengan bencana banjir.
Turut hadir Pengerusi Briged Kesatria Muda, Armand Azha (kanan). Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Peniaga dilarang menggunakan slogan 'Jualan PraCBP' bagi tujuan mempromosi serta melariskan barang jualan mereka, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata, tindakan sedemikian boleh mengelirukan pengguna seolah-olah harga barangan akan naik sebaik sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) dilaksanakan, April tahun depan.

"Perkara ini boleh merosakkan suasana perniagaan," katanya mengulas tindakan segelintir peniaga yang mengambil kesempatan sempena jualan hujung tahun dengan menggunakan slogan tersebut.

Hasan berkata, peniaga boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 kerana cuba mengelirukan pengguna.

"Pengguna boleh buat aduan bagi tindakan diambil," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan bernilai RM130,000 oleh Pasar Raya Giant kepada Briged Kesatria Muda, Pemuda Umno, di sini Khamis.

Sumbangan berbentuk barang keperluan harian itu akan diagihkan kepada negeri yang berisiko terlibat dalam banjir seperti Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah dan Sabah, katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan