Dyana Sofya Kecam Tindakan Gantung Pengajian Dua Pelajar UM

Diterbitkan: Khamis, 11 Disember 2014 5:05 PM

Dyana Sofya Mohd Daud.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dyana Sofya Mohd Daud mengecam tindakan menggantung pengajian dua pelajar Universiti Malaya (UM) yang terlibat dalam himpunan sempena pidato Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Oktober lalu.

Setiausaha Politik kepada Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang itu berkata, tindakan tersebut adalah tidak wajar dan merupakan cubaan untuk menindas mahasiswa di negara ini.

Katanya, universiti sepatutnya menjadi pusat ilmu yang melahirkan pemimpin yang mampu berfikir, namun bagaimanakah matlamat ini akan dicapai sekiranya kebebasan mahasiswa disekat?

“Universiti Malaya sepatutnya bangga kerana mempunyai mahasiswa yang berfikiran terbuka dan berani melibatkan diri secara aktif berkenaan isu semasa serta menyuarakan pendapat mereka tidak kira sama ada menyokong kerajaan ataupun pembangkang.

“Pentadbiran universiti seharusnya tidak khuatir dengan kebebasan mahasiswa selagi tindakan mereka tidak melampau dan menjejaskan keamanan.

“Oleh itu, sekiranya UM benar-benar serius dalam pemerkasaan mahasiswa mereka sendiri, hukuman ke atas UM8 harus ditarik balik dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dua pelajar berkenaan adalah Presiden Persatuan Maha­sis­wa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol yang digantung pe­ngajian dua semester serta denda RM600 selepas didapati bersalah bagi empat daripada lapan pertuduhan terlibat secara langsung dalam himpunan sempena pidato Anwar, ‘40 Tahun: Dari UM ke Penjara’ pada 27 Oktober lalu.

Keputusan yang dibuat Ahli Jawatankuasa Tatatertib Pelajar UM turut menggantung pengajian selama dua semester dan denda RM300 terhadap Presiden Pro-Mahasiswa UM, Safwan Shamsuddin yang bersalah dalam dua daripada tiga pertuduhan. 

Kedua-dua mereka antara lapan pelajar UM yang dituduh namun lima yang lain hanya diberikan amaran keras dan denda RM150 seorang. Hukuman berkuat kuasa pada Rabu dan rayuan boleh dikemukakan dalam tempoh 14 hari.

Dalam pada itu, Dyana mempersoalkan adakah pihak pentadbiran UM tidak memahami bahawa ketua pembangkang itu merupakan sebahagian daripada sistem Parlimen negara.

“Memomokkan tentang pemimpin-pemimpin pembangkang adalah tindakan tidak matang yang menghina sistem demokrasi di Malaysia. Di negara-negara yang turut melaksanakan sistem (demokrasi) Westminister, jawatan ketua pembangkang adalah jawatan rasmi yang dilihat sebagai alternatif kepada jawatan Perdana Menteri. Oleh itu, penghormatan yang wajar harus diberi.

“Sementara menteri-menteri kerajaan persekutuan dan pemimpin-pemimpin parti pemerintah diberi layanan VVIP ketika mengunjungi universiti dan sekolah, mahasiswa yang menjemput ketua pembangkang pula dikenakan hukuman,” katanya.

Perhimpunan pada 27 Oktober lalu tidak mendapat permit polis dan diadakan di pekarangan UM. Ia kemudiannya bertukar kecoh apabila kesemua yang hadir melakukan provokasi terhadap pihak berkuasa serta bertindak memecahkan pagar untuk masuk ke dalam kawasan universiti.

 

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan