Spekulasi Azmin Ali Terima Gelaran Datuk Tidak Benar - Sumber

Diterbitkan: Khamis, 11 Disember 2014 7:44 AM

Azmin Ali

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Spekulasi bahawa Menteri Besar Selangor Azmin Ali akan dianugerahkan gelaran Datuk Seri oleh Sultan Selangor adalah tidak benar, kata sumber.

Sebuah portal dalam talian telah melaporkan bahawa Azmin akan berada dalam senarai penerima gelaran Datuk daripada Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena hari lahirnya, Khamis.

Spekulasi ini sering diperkatakan di internet sehari selepas gelaran ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ditarik balik oleh Sultan Selangor.

Sumber itu bagaimanapun berkata khabar angin itu tidak benar dan Azmin tidak akan diberikan sebarang gelaran pada ketika ini.
Tags / Kata Kunci: Azmin Ali , gelaran Datuk

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan