Tawaran Gaji Lumayan Tarik Pati Banjiri Cameron Highlands

Diterbitkan: Rabu, 10 Disember 2014 9:26 AM

(Ubah saiz teks)

CAMERON HIGHLANDS: Tawaran gaji lumayan antara punca utama pekerja asing tanpa izin (Pati) membanjiri kawasan Cameron Highlands.

Penghulu Mukim Ringlet, Shamzan Idris berkata disebabkan kekurangan pekerja tempatan khususnya di kebun sayur dan bunga yang mempunyai permintaan tinggi, mereka (Pati) berpeluang untuk meraih pendapatan di antara RM1,000 hingga RM2,000 sebulan.
 
"Lubuk pekerjaan memang banyak di sini dan gaji mereka dikatakan amat besar berbanding jika mereka bekerja di bandar, sebab itu pekerja asing suka bekerja di sini malah ada antara mereka galakkan kawan mereka untuk bekerja di Cameron Highlands," katanya kepada Bernama, di sini, Selasa.

Shamzan berkata di kawasan beliau sendiri iaitu di Ringlet yang mempunyai lebih 600 pengusaha kebun sayur dan bunga masing-masing menyatakan kekurangan pekerja.

Oleh itu, beliau mencadangkan agar kerajaan mencari jalan alternatif untuk menggalakkan orang tempatan mengambil peluang pekerjaan yang ada di Cameron Highlands dalam usaha menyekat PATI daripada terus mendominasi peluang pekerjaan di tanah tinggi itu. 
 
Shamzan berkata antara faktor orang tempatan tidak gemar bekerja di Cameron Highlands termasuk faktor gaji, pekerjaan sebagai buruh dan kos sara hidup di tanah tinggi itu yang tinggi. 

Dalam pada itu, Setiausaha Pertubuhan Pekebun-Pekebun Sayur-Sayuran Cameron Highlands, Chay Ee Mong berkata gaji lumayan yang ditawarkan oleh pengusaha kebun sayur adalah disebabkan faktor 'terpaksa' kerana kekurangan pekerja.

Katanya mereka terpaksa tawar-menawar dengan pekerja asing untuk mendapatkan khidmat mereka untuk bekerja kerana kekurangan warga tempatan yang berminat untuk bekerja sebagai buruh di kebun.
 
"Mana ada orang tempatan mau kerja di kebun sayur, pekerja asing pun tidak cukup, kalau kita bagi mereka (pekerja asing) gaji minimum RM900 mereka lari, cari gaji lebih banyak.
 
"Itu pasal pengusaha terpaksa tawar gaji tinggi untuk mereka, kalau tidak siapa mau kerja," katanya.

Pertubuhan itu dianggotai lebih 2,400 pengusaha pekebun sayur.

Dalam tinjauan Bernama di Cameron Highlands sempat menemu bual seorang pekerja Filipina yang mahu dikenali sebagai Maria, 38, yang kini bekerja sebagai tukang urut refleksologi di Brinchang.

Beliau yang mempunyai pengalaman bekerja hampir empat tahun di Cameron Highlands bermula sebagai pekerja di kebun sayur dengan gaji RM800 kemudiannya beralih untuk bekerja sebagai pelayan kedai makan dengan gaji RM1,000 dan kini memperoleh pendapatan sehingga RM1,200 sebagai tukang urut.

Membuktikan pekerja asing di Cameron Highlands saling bertukar kerja semata-mata untuk memperoleh gaji yang lumayan.

Maria berkata antara faktor yang menyebabkan beliau terus bekerja di Cameron Highlands adalah peluang yang cukup senang baginya untuk memperoleh pekerjaan dengan gaji yang tinggi.
 
"Gajinya menarik, saya suka Cameron Highlands kerana mudah cari kerja. Kakak saya juga kerja di sini dan dia yang bawa saya ke Cameron Highlands," katanya.



Tags / Kata Kunci: Cameron Highlands , gaji lumayan , Pati

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan