Alvin Tan, Ali Abdul Jalil Diminta Serahkan Pasport

Diterbitkan: Rabu, 10 Disember 2014 3:11 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Blogger kontroversi Alvin Tan dan aktivis politik Ali Abdul Jalil diminta hadir di Jabatan Imigresen Malaysia atau Pejabat Perwakilan Malaysia yang terdekat untuk menyerahkan pasport masing-masing yang dibatalkan pada Isnin.

Jabatan Imigresen Malaysia mengeluarkan kenyataan pada Rabu meminta mereka berdua menyerahkan pasport Malaysia antarabangsa masing-masing A28945390 milik Ali dan A32765005 milik Alvin Tan atau nama sebenarnya Tan Jye Yee.

Penarikan pasport Tan dan Ali merupakan kes pertama dilakukan Jabatan Imigresen Malaysia.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata pasport adalah hak milik kerajaan Malaysia dan ia boleh ditarik balik pada bila-bila masa dan jabatan itu tidak akan teragak-agak mengambil tindakan kepada mereka yang menghina mahkamah, Islam dan Raja-Raja.

Tan melarikan diri ke Amerika Syarikat bagi mendapatkan perlindungan politik dan mengelak daripada ditahan pihak berkuasa di Malaysia atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan termasuk di bawah Akta Hasutan kerana mempersendakan agama Islam dan bulan Ramadan serta mempersendakan institusi Beraja melalui laman Facebooknya.

Ali pula melarikan diri ke Sweden bagi mendapatkan perlindungan politik. Ali berdepan tuduhan menghasut kerana menghina institusi Raja di negara ini melalui laman Facebooknya.

Tags / Kata Kunci: Alvin , Ali , pasport , Imigresen

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan