Saguhati RM500 Sebulan Untuk Anggota Dun Belia NS

Diterbitkan: Rabu, 10 Disember 2014 7:55 PM

Mohamad Hasan beramah mesra bersama sebahagian dari graduan cemerlang yang menerima RM5,000 setiap seorang sempena Majlis Penyampaian Anugerah Graduan Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan pada Rabu.

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan memberikan RM500 sebulan mulai 1 Januari 2015 sebagai saguhati kepada setiap anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata dengan pemberian itu diharapkan seramai 66 anggota DUN Beliadi negeri ini yang telah dipilih akan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik.

"Negeri Sembilan merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang mewujudkan DUN Belia ini ... ia diuruskan oleh Sekretariat Belia sendiri di bawah Yayasan Negeri Sembilan (YNS).

Mereka dipilih oleh belia sendiri melalui pilihan raya mewakili sektor masing-masing misalnya guaman, perubatan dan unit beruniform.

"Saya mahukan supaya setiap daripada mereka menyusun atur aktiviti dikawasan masing-masing selain mahu melihat mereka yang mewakili golongan belia menyuarakan hasrat dan keinginan dalam menentukan hala tuju belia di Negeri Sembilan untuk kita harmonikan," katanya.

Mohamad yang juga pengerusi YNS berkata demikian pada majlis penyampaian Anugerah Graduan Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan di sini, hari ini membabitkan 75 graduan.

Setiap graduan berkenaan menerima RM5,000. 

Menteri Besar turut menasihati agar golongan belia tidak berasa malu dan gentar dalam merancang sesuatu untuk disuarakan kepada umum tetapi perlu berlandaskan ilmu dan fakta.

Tags / Kata Kunci: saguhati , Dun NS , RM500

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan