Rumah Transit 1Malaysia Diperluas Ke Seluruh Negara - Halimah

Diterbitkan: Rabu, 10 Disember 2014 1:35 PM

Rumah Transit 1Malaysia yang pertama di Bukit Jalil.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Program Rumah Transit 1Malaysia untuk  membantu pasangan muda yang baru berkahwin akan diperluas ke bandar-bandar besar di seluruh negara secara berperingkat, persidangan Dewan Negara diberitahu, Rabu.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohd Sadique berkata,langkah itu berdasarkan permintaan tinggi projek perintis Rumah Transit 1Malaysia di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pinggiran Bukit Jalil, yang bakal didiami tahun hadapan.

Kementerian, katanya, melalui Jabatan Perumahan Negara akan berbincang dengan kerajaan negeri bagi menentukan keperluan bilangan rumah transit yang akan disediakan dan antara cadangan lokasi ialah PPR Sungai Melana di Johor Baharu dan PPR Kepayan Ridge di Kota Kinabalu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Chong Sin Woon yang ingin tahu adakah kerajaan berhasrat menambah bilangan rumah transit yang dilihat mampu mengurangkan beban penghuni yang baru berkahwin.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Adam Abdul Hamid yang ingin tahu bagaimana sambutan kerajaan negeri dalam penyediaan tapak lokasi projek rumah transit itu, Halimah berkata setakat ini kementerian tidak mempunyai masalah besar.

"Ada sesetengah projek PPR yang separuh jalan terpaksa dipindahkan tapak tanah kerana lokasi tanah tidak sesuai, lokasi tanah ada masalah dan kadangkala ada kerajaan negeri datang tiba-tiba untuk menukar tapak tanah," katanya.

Program Rumah Transit 1Malaysia dilaksanakan dengan tujuan untuk mengurangkan beban pasangan muda yang baru berkahwin dan berpendapatan RM3,000 ke bawah dengan kadar sewaan RM250 sebulan.

Tags / Kata Kunci: rumah transit , PPR , Halimah Mohd Sadique

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan