Malaysia Perlu Jelaskan Peranan Dera Suspek Pengganas - Nik Nazmi

Diterbitkan: Rabu, 10 Disember 2014 12:33 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Malaysia perlu menjelaskan mengenai peranannya terhadap penyeksaan suspek pengganas  oleh Agensi Risikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat selepas tragedi serangan 9/11, kata Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad.

Laporan paksaan dan penyeksaan CIA terhadap pengganas itu didedahkan oleh Jawatankuasa Risikan Senat Amerika Syarikat pada Rabu.

Ia mendedahkan perbuatan pihak CIA terhadap suspek al-Qaeda adalah bersifat kejam dan tidak dikendalikan dengan baik.

"Laporan itu memberi kesan rumit kepada Malaysia kerana ia mungkin mendedahkan “peranan luar biasa” negara kita dan negara sekutu yang lain dalam “Perang global terhadap keganasan”, iaitu tangkapan sulit terhadap suspek dan pemindahan mereka ke tempat penahanan rahsia yang disedia untuk tujuan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau juga merujuk laporan Open Society Justice Initiative pada Februari 2013 bertajuk Keganasan Global: Rahsia Tahanan CIA dan Peranan Luar Biasa" yang mendakwa Malaysia telah membantu CIA dalam hal ini sekurang-kurangnya dalam dua kes.

"Walaupun usaha memerangi keganasan sangat penting dan menjadi keutamaan, Malaysia tidak patut mengkompromi integriti moral dengan cara ini," katanya.

Beliau juga menambah, perang terhadap keganasan dan sikap ekstrim berkaitan dengan nilai dan dua ancaman ini hanya mungkin dapat dikalahkan jika masyarakat kita terus berdedikasi dalam menjaga kebebasan sivil dan asasi meskipun kita sedang melindungi kehidupan warga yang lebih ramai.

"Sebenarnya, keberkesanan dan kualiti risikan yang hasil amalan penahanan luar biasa telah seringkali dipersoal. Terdapat juga dakwaan bahawa mereka yang tidak bersalah telah secara zalim ditahan sedemikian," katanya.

Kata Nik Nazmi, rumusan ini mendedahkan sekurang-kurangnya seorang individu mati kesan diseksa dan 26 daripada lebih 100 tahanan didapati tidak bersalah.

"Oleh itu, Amerika Syarikat dan Malaysia perlu menjelaskan kepada rakyat masing-masing, bahkan masyarakat dunia, mengenai perkara jijik dan memalukan ini," katanya.







Tags / Kata Kunci: Nik Nazmi Nik Ahmad , pengganas , CIA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan