Malaysia Mahu Cergaskan Kerjasama Dengan Korea Selatan Menerusi LEP 2.0

Diterbitkan: Rabu, 10 Disember 2014 1:54 PM

Najib ketika menyampaikan ucapan pada majlis jamuan makan tengahari rasmi bagi meraikan beliau dan ahli delegasi Malaysia di sini, Rabu.

(Ubah saiz teks)

SEOUL: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata Malaysia sedang berusaha untuk mencergaskan kerjasamanya dengan Korea Selatan melalui gelombang kedua Dasar Pandang ke Timur (LEP 2.0).

Ini berikutan kejayaan Dasar Pandang ke Timur, yang menjadi asas perkongsian kukuh antara kedua-dua negara sejak lebih 30 tahun lepas.

Malaysia memperkenalkan dasar itu pada 1982 untuk mencontohi etika dan teknik perniagaan dari negara-negara seperti Jepun dan Korea Selatan.

"Saya berharap kita boleh terus memperluas hubungan dan meneroka bidang kerjasama baharu - dari sains dan teknologi hinggalah kepada budaya dan pendidikan serta pertahanan.

"Dengan hala tuju dan keyakinan yang diperbaharui, Malaysia melihat Korea Selatan sebagai rakan kongsi sama dalam usaha pembangunan ekonomi dan sosial  lebih besar," katanya ketika berucap pada majlis jamuan tengah hari rasmi yang dihoskan Presiden Korea Selatan Park Guen-Hye di Cheong Wa Dae (Rumah Biru Istana Presiden) di sini, Rabu.

Isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir pada majlis itu.

Tags / Kata Kunci: LEP , Malaysia , Korea Selatan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan