PM Mahu Rakyat Malaysia Contohi Selangat Orang Korea Majukan Negara

Diterbitkan: Selasa, 9 Disember 2014 11:04 PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan para pelajar Malaysia di Republik Korea ketika menghadiri makan malam bersama para pelajar Malaysia di Seoul. Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini untuk lawatan rasmi ke Republik Korea bermula hari 9 hingga 11 Disember depan atas jemputan Perdana Menteri Republik Korea Park Geun-Hye. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SEOUL: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat Malaysia mencontohi semangat kental orang Korea yang berjaya memajukan negara Korea Selatan melalui naluri kelangsungan hidup yang kuat untuk berjaya. 

Beliau berkata naluri kelangsungan hidup itu mendorong orang Korea untuk berjaya, ditambah dengan usaha yang benar-benar fokus, menjadikan Korea Selatan dan orang Korea maju sehingga Korea Selatan menjadi sebuah kuasa ekonomi pada masa ini.

"Kita lihat naluri kelangsungan hidup orang Korea amat kuat sekali, ditanam sejak mereka kecil.

"Sebagai sebuah negara tak ada sumber, iklim yang sejuk, sudah tentu kalau mereka tak dapat cari sumber kekayaan dengan guna akal fikiran dan seluruh pancaindera mereka, sudah tentu mereka jadi mangsa persekitaran yang begitu 'hostile' kepada mereka," katanya semasa berucap pada majlis jamuan bersama rakyat Malaysia di Korea Selatan di sini malam Selasa. 

Jamuan malam itu dihoskan Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Najib yang tiba di sini petang ini sedang dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Korea Selatan.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan