Isu Pendatang Asing: Malaysia Perlu Bertegas - Gani

Diterbitkan: Selasa, 9 Disember 2014 11:01 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kerajaan perlu berpendirian tegas dalam mengendalikan isu berkaitan pendatang tanpa izin di negara ini, termasuk yang berada di Sabah, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail. 

Beliau berkata pendatang asing tidak harus dibenarkan datang ke negara ini dan keluar sesuka hati memandangkan undang-undang negara ini mesti dihormati.

Berhubung laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah yang diumumkan baru-baru ini, beliau berkata:

"Laporan adalah laporan. Bagaimanapun saya berpendapat kita semua mesti memberi perhatian kepada laporan RCI dengan fikiran terbuka. Jika anda bertanyakan saya, kita perlu berpendirian amat tegas terhadap pendatang tanpa izin," katanya.

Abdul Gani bercakap kepada pemberita selepas menghadiri pra pelancaran Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) cawangan Sabah di sini Selasa.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa mengumumkan laporan RCI pada 3 Dis di Kota Kinabalu.

Namun begitu, Abdul Gani mengingatkan semua pihak supaya menghormati hak pendatang, sama ada yang sah atau tanpa izin, dan tidak menganiayai mereka.

Berhubung keputusan kerajaan untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 dan cadangan untuk memperkukuhkannya, peguam negara berkata beliau akan memberi pandangannya kepada kerajaan dan beliau yakin keputusan akan dibuat demi kebaikan rakyat selepas kerajaan mendengar pelbagai pandangan.

Tentang perkembangan terkini YBGK, Abdul Gani, yang juga pengerusi yayasan itu berkata setakat Ogos tahun ini, yayasan itu mengendalikan kira-kira 240,000 kes di seluruh negara membabitkan rakyat Malaysia memohon bantuan guaman.

Yayasan itu diwujudkan pada 2011.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan