Malaysia Menang Anugerah Destinasi Golf Terbaik Asia

Diterbitkan: Selasa, 9 Disember 2014 4:31 PM

Anugerah Padang Golf Baharu Terbaik Asia dirangkul The Els Club Teluk Datai, Langkawi.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kejayaan Malaysia merangkul Anugerah Destinasi Golf Terbaik Asia pada Anugerah Golf Dunia di Portugal baru-baru ini merupakan kejayaan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Katanya, di bawah inisiatif projek permulaan 9-B (EPP 9-B) NKEA, sukan golf merupakan aktiviti tumpuan bagi pertumbuhan pelancongan berkualiti pada masa depan.

"Kemenangan ini memberi motivasi kepada kami untuk memperkukuh usaha mempromosi Malaysia sebagai destinasi golf popular sepanjang tahun," katanya yang dipetik berkata demikian dalam kenyataan oleh Persatuan Pelancongan Golf Malaysia (MGTA), di sini, Selasa.

Sementara itu, Presiden MGTA Ng Eu Shen berkata, padang golf yang baru dibuka di Langkawi, The Els Club Teluk Datai merangkul Anugerah Padang Golf Baharu Terbaik Asia dan Padang Golf Baharu Terbaik Dunia pada majlis berkenaan.

"Semua kejayaan ini mencerminkan persepsi keseluruhan bahawa Malaysia mempunyai nilai untuk setiap ringgit yang dibelanjakan dari segi penginapan, penerbangan dan pelbagai produk pelancongan lain," katanya.

MGTA ditubuhkan di bawah EPP 9-B khusus untuk mempromosi pelancongan golf Malaysia dan dibiayai oleh Tourism Malaysia.

Persatuan itu menyasarkan resit pelancongan golf tahun ini bernilai RM310 juta berbanding RM300 juta tahun lalu dan RM296 juta pada 2012. 

Tags / Kata Kunci: destinasi golf , Asia , Langkawi , Portugal

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan