Malaysia Sasar Antara 10 Terbaik Dalam Indeks Daya Saing Global - Najib

Diterbitkan: Selasa, 9 Disember 2014 9:26 AM

Najib (tengah) menyampaikan Senior Felo Kehormat Akademi Sains kepada Datuk Dr Professor Khairul Anuar Abdullah (kanan) di Majlis "Conferment of Fellowship and Announcement of the 2014 Top Research Scientists Malaysia" di sini, Isnin malam.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Malaysia menjadi antara 10 negara terbaik masing-masing dalam Indeks Daya Saing Global dan Indeks Inovasi Global menjelang 2020.

Beliau berkata, hasrat kerajaan itu mampu dicapai menerusi pelaksanaan Inistiatif 'Science to Action' (S2A) atau 'Sains Untuk Tindakan' dan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara 2013-2020.

"Dasar ini diselia oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi," katanya dalam ucapan pada majlis mengumumkan Penganugerah Felo Akademi Sains Malaysia (ASM) 2014 dan Saintis Penyelidikan Terbaik Malaysia 2014 di sini, Isnin malam.

Turut hadir isteri perdana, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin dan Presiden ASM, Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali.

Pada majlis itu, Najib diberi pengiktirafan sebagai Felo Kehormat ASM 2014 atas sokongan padu beliau ke arah memajukan sains dan teknologi serta menjadi ia sebagai pusat kepada Program Transformasi Ekonomi.

Sejumlah 34 saintis diumumkan sebagai Saintis Penyelidikan Terbaik Malaysia 2014 serta 21 felo baharu dan dua felo kanan.

Najib berkata, inisiatif S2A, yang dilancarkan pada November tahun lepas, bertujuan menggiatkan aplikasi sains dan teknologi untuk pembangunan industri, kesejahteraan rakyat dan tadbir urus sains, teknologi dan industri.

Oleh itu, kerajaan akan terus membantu penyelidik sains tempatan di institut penyelidikan kerajaan dan universiti awam dalam merealisasikan sasaran yang ditetapkan, katanya.

"Hari ini, dunia dan Malaysia menerima kesan daripada kemunculan semua dan penyakit berjangkit yang baharu seperti Ebola dan denggi, pemanasan global, tanah runtuh dan banyak lagi.

"Dengan semua bencana ini, saya menyeru masyarakat saintis menerusi Akademi Sains Malaysia untuk menerajui kajian mengenai isu-isu dan melakukan analisis dan mencipta fakta saintifik dalam mencari penyelesaian berkekalan dalam bidang sains dan teknologi," katanya.

Najib juta meminta masyarakat saintis menerajui kajian mengenai isu-isu seperti air, makanan dan jerebu dan memberi input kepada kerajaan mengenai strategi dan langkah-langkah yang diperlukan untuk mengurangkan risiko.

Perdana Menteri juga berharap ASM akan meneruskan pencapaian cemerlang dalam menyampaikan objektifnya dan bekerja rapat dengan kerajaan ke arah membina negara yang lebih baik dan masa depan yang lebih cerah untuk semua rakyat Malaysia.

Di bawah penganugerahan Felo, Felo Kanan yang dilantik layak digelar sebagai ahli akademik manakala Felo pula berhak menggunakan gelaran Felo ASM (FASc).

Individu-individu yang dipilih melalui proses pemilihan ketat berdasarkan hasil kerja yang cemerlang, komitmen, kesungguhan dan daya kreativiti mereka dalam sains, teknologi dan industri.


iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan