Denda Dipertimbang Jika Hilang Pasport Kerana Cuai - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Selasa, 9 Disember 2014 9:49 PM

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan bercadang mengenakan denda terhadap rakyat Malaysia yang kehilangan pasport antarabangsa akibat kecuaian, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Selain mahu pemegang pasport lebih berhati-hati, cadangan itu juga bertujuan mengekang penyalahgunaan pasport oleh pihak lain memandangkan pasport Malaysia 'sangat dikehendaki' dalam kalangan penjenayah dan 'foreign fighters' kerana boleh memasuki kira-kira 160 negara tanpa visa, katanya.

"Inilah yang kita mahu perketatkan (kenakan denda) agar pasport yang hilang itu tidak digunakan pihak lain," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Penolong Setiausaha Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat, Alan Bersin, di pejabatnya di sini SElasa.

Ahmad Zahid berkata cadangan mengenakan denda itu akan diteliti mengikut Akta Fi 1951 dan akan dibentangkan di Parlimen sekiranya memerlukan pindaan. 

"Namun jika ada klausa tertentu yang membolehkan ia dilakukan secara pentadbiran, kita akan lakukan secara pentadbiran tanpa dibawa ke Parlimen," katanya.

Ahmad Zahid berkata pemegang pasport Malaysia diwajibkan membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam bagi kehilangan pasport susulan persetujuan operasi yang dicapai Polis Antarabangsa (Interpol), Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen.

Beliau berkata prosedur itu adalah antara perkara yang perlu dipatuhi untuk membolehkan Malaysia menyertai program pengecualian visa Amerika Syarikat (VWP).

"Kami semakin hampir mendapatkan VWP. Kami menyasarkan 18 bulan dari lawatan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama (ke Malaysia pada April lepas). Kami sedang berusaha," katanya.

Setakat ini, 37 negara telah menyertai VWP termasuk Singapura dan Brunei.

Program itu akan membolehkan rakyat Malaysia memasuki Amerika Syarikat tanpa memohon untuk mendapatkan visa dan membolehkan mereka tinggal di negara itu bagi tempoh maksimum 90 hari untuk tujuan pelancongan atau perniagaan.

Ahmad Zahid mengakui Malaysia berdepan 'tekanan' memenuhi kehendak-kehendak dan tuntutan-tuntutan di bawah VWP, termasuk memberi peluang pekerjaan, menyediakan tempat perlindungan dan mengizinkan mangsa pemerdagangan orang bergerak bebas dan bergaul.

"Agak sukar untuk kita memenuhi sepenuhnya kerana undang-undang imigresen (Malaysia dan Amerika Syarikat) berbeza," katanya.

Ahmad Zahid berkata Malaysia juga perlu mencatatkan kadar penolakan visa kepada tiga peratus untuk membolehkan Malaysia menyertai VWP.

"Walaupun 'visa refusal rate' (kadar penolakan visa) Malaysia telah mencatatkan penurunan daripada 10 peratus kepada 4.7 peratus, berbanding sasaran tiga peratus, ini merupakan usaha yang perlu kita lakukan dalam tempoh terdekat," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan