CEO MAS: Pemuda Umno Gesa Khazanah Lantik Warga Tempatan

Diterbitkan: Selasa, 9 Disember 2014 10:20 PM

Khairul Azwan Harun

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno pada Selasa menggesa Khazanah Nasional Bhd melantik warga tempatan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) Malaysia Airlines Bhd (MAS) yang baharu.

Naib Ketuanya Khairul Azwan Harun berkata MAS adalah set strategik nasional dan dana RM6 bilion yang disuntik Khazanah perlu diurus selia rakyat tempatan yang memahami budaya, cara kerja dan iklim ekonomi negara.

"Pelantikan ketua pegawai eksekutif baharu yang diumumkan telah mengundang pelbagai persepsi terhadap kemampuan Khazanah yang terpaksa bergantung dengan pakar luar," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan sesi dialog Program Pertukaran Belia Malaysia-China 2014, di sini Selasa.

Katanya Khazanah berkemampuan mencari calon tempatan yang lebih layak dan berpengalaman dalam urus tadbir pemulihan korporat atau menjalinkan kerjasama dengan Talent Corp serta agensi berkaitan untuk mendapatkan calon tempatan berkaliber.

Beliau turut menyarankan Khazanah melantik warga asing sebagai perunding atau penasihat untuk berganding dengan pakar tempatan dalam menjayakan pelan pemulihan MAS.

Khazanah Nasional pada Jumaat lepas mengumumkan pelantikan warga Jerman, Christoph R. Mueller sebagai bakal CEO syarikat baharu (NewCo) Malaysia Airlines. 

Mueller sebelum ini berjaya mengubah nasib syarikat penerbangan Ireland, Aer Lingus yang dibelenggu pelbagai masalah selama bertahun-tahun dengan membangunkan keuntungan mampan serta menjana pendapatan menerusi pasaran dan model perniagaan baharu dalam hanya tempoh setahun selepas menyertai syarikat itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan