Bangkai Pesawat MH17 tiba di Belanda Hari Ini

Diterbitkan: Selasa, 9 Disember 2014 3:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bangkai pertama pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 akan tiba di pangkalan tentera udara Belanda di Gilze-Rijen, selatan Belanda pada Selasa.

Trak yang membawa cebisan bangkai pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine berlepas dari Kharkiv, Ukraine dan dijangka tiba ke Belanda hari ini. 

Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) dalam kenyataan di laman webnya www.onderzoeksraad.nl berkata konvoi beberapa trak yang membawa serpihan bangkai pesawat itu dari Ukraine, dijangka tiba di pangkalan udara Gilze-Rijen kira-kira 2 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia).

Bangkai pesawat itu kelak akan dibentuk semula sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap tragedi pada 17 Julai itu.

"Konvoi itu meninggalkan Ukraine minggu lepas. Ia akan berlalu melepasi keluarga terdekat yang hadir pada hari ketibaan bangkai pesawat itu di pangkalan udara pada Selasa.

"Ketibaan bangkai pesawat itu di pangkalan udara berkenaan bukanlah satu istiadat dan hadirin tidak akan dibenarkan hadir semasa trak dibuka atau bangkai dibawa turun daripada trak," kata kenyataan itu. 

Semasa tiba di pangkalan udara itu, bangkai berkenaan akan dibawa turun mengikut protokol tetap dan semua komponen bangkai itu akan diambil gambar, diimbas dan dikategorikan mengikut prosedur tetap.

DSB berkata siasatan ke atas bangkai itu dan persediaan untuk membinanya semula akan dilakukan di hangar yang ditetapkan khusus untuk tujuan ini.

Pesawat MH17 itu, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal termasuk 193 warga Belanda dan 44 rakyat Malaysia, adalah dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam apabila ia ditembak jatuh di timur Ukraine.
  


Tags / Kata Kunci: bangkai pesawat , MH17 , Belanda

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan