Ahmad Said Buat Laporan Polis 'Datuk' Guna Namanya Untuk Menipu

Diterbitkan: Selasa, 9 Disember 2014 5:29 PM

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu selepas membuat laporan polis di Kuala Terengganu, Selasa, berhubung salah laku dan penipuan yang dilakukan seorang individu berpangkat Datuk terhadap dirinya untuk mendapatkan satu kawasan pembalakan di Kijal. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan seorang lelaki bergelar "Datuk" yang didakwa menggunakan namanya untuk menipu membabitkan RM1.8 juta.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal itu memanfaatkan masa rehat persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu untuk membuat laporan itu di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu di sini pada pukul 10.50 pagi.

Ketika ditemui pemberita, Ahmad mendakwa lelaki bergelar "Datuk" berumur 52 tahun itu telah menggunakan namanya ketika beliau masih menjadi Menteri Besar bagi penipuan mendapatkan RM1.8 juta kononnya bagi satu kawasan pembalakan daripada seorang pengurus kilang papan di sini dari Singapura.

"Pengurus itu telah menyerahkan wang tersebut kepada "Datuk" itu selepas terpedaya yang kononnya dia (Datuk) rapat dengan saya dengan alasan wang itu untuk diberikan kepada saya serta akan memberi satu kawasan pembalakan," katanya.

Menurutnya beliau tidak mengenali 'Datuk" itu dan meminta polis melakukan siasatan terperinci bagi membawa orang yang menipu itu ke muka pengadilan.

Ahmad berkata tindakan individu tersebut telah mencemarkan nama dan menjatuhkan reputasi beliau sebagai seorang ahli politik.

"Kes ini saya sedari apabila seseorang datang berjumpa dan menceritakan pengurus syarikat tersebut marah kerana tidak dapat kawasan balak dijanjikan pada bulan September tahun lalu.

"Saya yang ketika itu masih lagi Menteri Besar Terengganu telah berjumpa dengan pengurus terbabit serta meminta dia membuat laporan polis," katanya.

Sementara itu, Speaker DUN Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong ketika ditemui Bernama berkata Adun Kijal itu telah keluar daripada persidangan DUN dengan mendapat keizinan beliau setelah memberi alasan yang munasabah.

Ahmad yang menjadi Menteri Besar Terengganu pada 2008 meletak jawatan dan digantikan dengan Adun Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman pada Mei lepas.

Tags / Kata Kunci: Datuk Seri Ahmad Said

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan