Undang-Undang Berkaitan Rasuah Dipinda Tahun Depan - PM - Berita Semasa | mStar

Undang-Undang Berkaitan Rasuah Dipinda Tahun Depan - PM

Diterbitkan: Isnin, 8 Disember 2014 11:58 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan bercadang meminda undang-undang berkaitan rasuah dengan mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pemberi rasuah pada tahun depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata langkah itu dilihat wajar supaya badan-badan dan syarikat-syarikat swasta yang memberi rasuah juga diambil tindakan dan tidak hanya kepada penerima.

"Kalau sasaran kita kepada penerima, sewajarnya yang memberi juga perlu dikenakan tindakan yang lebih berat sebab rasuah ialah penyakit yang boleh rosakkan segala yang kita bina di negara kita selama ini," katanya pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, Isnin.

Najib berkata walaupun pencapaian Malaysia dalam ranking Indeks Persepsi Rasuah bertambah baik berada pada kedudukan ke-50 pada tahun ini daripada 175 negara berbanding tempat ke-53 tahun lepas, namun soal rasuah dan salah guna kuasa telah menjadi perhatian umum.

"Apabila berlakunya kerosakan alam sekitar di Cameron Highlands di mana Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah turun untuk tengok keadaan di sana dan umum beberapa tindakan yang akan diambil, tetapi punca sebenar, tidak lain tidak bukan ialah kegiatan rasuah," katanya.

Katanya apabila kegiatan haram biasanya melibatkan habuan lumayan maka, berlakulah seperti yang diumpamakan dalam peribahasa 'Harapkan pagar, pagar makan padi'.

Beliau berkata kegiatan seperti dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin di Sabah, judi haram dan banyak lagi salah laku dan jenayah yang berlaku juga berpunca daripada rasuah.

"Banyak lagi penyakit-penyakit yang ada di kalangan rakyat kita yang perlu kita beri perhatian serius dan saya minta tindakan yang lebih tegas untuk banteras perkara-perkara seperti ini, termasuk mereka yang memberi (rasuah)," katanya.

Najib juga turut menyentuh mengenai sumbangan kepada parti-parti politik juga mesti ada peraturan tertentu.

Beliau akan meminta kerjasama parti-parti politik termasuk daripada pembangkang supaya wujud pendirian bersama dalam soal pemberian kepada parti politik dan sebagainya.

Tags / Kata Kunci: SPRM , Rasuah , Undang-Undang
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan