Al-Quran Rujukan Utama Pengurusan Islam Berkualiti - Tun M - Berita Semasa | mStar

Al-Quran Rujukan Utama Pengurusan Islam Berkualiti - Tun M

Diterbitkan: Isnin, 8 Disember 2014 3:52 PM

Mahathir Mohamad

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Al-Quran harus menjadi rujukan utama untuk menguruskan hal berkaitan Islam secara berkualiti, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, kegagalan segelintir umat Islam pada masa kini menjalani cara hidup Islam dengan berkualiti adalah kerana tidak berpegang sepenuhnya kepada ajaran kitab suci itu.

Berucap merasmikan Seminar Pengurusan Kualiti Islam 2014 anjuran Universiti Utara Malaysia di sini Isnin, Dr Mahathir berkata, keadaan itu menyebabkan mereka terjebak melakukan perbuatan menyalahi agama termasuk salah guna kuasa, rasuah dan sebagainya.

Bagi mendalami ajaran al-Quran, beliau berkata umat Islam disaran membaca dan memahami al-Quran dalam bahasa yang difahami sama ada tafsiran dalam bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, seperti yang dilakukan beliau sendiri.

"Ini membolehkan kita mendapat banyak maklumat kerana memahami bahasa itu, sekali gus dapat menjalani kehidupan berkualiti untuk berjaya di dunia dan akhirat," katanya.

Dr Mahathir turut menyentuh sikap segelintir umat Islam yang lebih gemar mengikut ajaran ulama atau pemimpin-pemimpin tertentu berbanding merujuk al-Quran.

"Kita lagi suka mendengar apa yang disarankan ulama terkenal sehinggakan ada yang bertentangan dengan agama pun kita sanggup terima," katanya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan