PTPTN: Kementerian Pendidikan Tiada Hasrat Guna Agensi Pengutip Hutang

Diterbitkan: Isnin, 8 Disember 2014 3:07 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan tidak berhasrat untuk menggunakan khidmat agensi pengutip hutang bagi mengutip balik pinjaman yang belum dijelaskan daripada 170,000 peminjam tegar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan berkata, ini kerana kaedah dan pendekatan yang digunakan agensi itu dalam mengutip hutang adalah kurang mesra pelanggan.

"Kaedah dan pendekatan kutipan yang digunakan mereka adalah kurang mesra pelanggan yang mana akan menjejaskan reputasi Kementerian Pendidikan," katanya menjawab soalan Senator Datuk Mohd Suhaimi Abdullah dalam sesi soal jawab persidangan Dewan Negara, di sini, Isnin.

Mohd Suhaimi ingin tahu sama ada kementerian akan mengambil khidmat syarikat atau agensi pengutip hutang untuk mengutip sejumlah wang daripada peminjam PTPT Nyang masih enggan membayar semula wang pinjaman berkenaan.

Kamalanathan berkata, sebanyak 134,000 peminjam PTPTN dengan pinjaman berjumlah RM2.4 bilion telah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen sehingga 30 Okt lepas.

"Daripada jumlah itu, seramai 48,430 peminjam telah membuat bayaran balik dengan jumlah sebanyak RM244.5 juta manakala lebih 170,000 peminjam pula dikenakan tindakan saman," katanya.

Kamalanathan berkata, sejak kementerian mengumumkan untuk menyenaraikan peminjam tegar di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat mulai Januari 2015, jumlah bayaran balik pinjaman dilihat semakin meningkat.

Ekoran daripada pengumuman itu, sebanyak RM74.85 juta berjaya dikutip untuk tempoh 1 hingga 30 November lepas, berbanding hanya RM58.11 juta dari 1 hingga 30 Oktober lepas, katanya.


Tags / Kata Kunci: PTPTN , pengutip hutang , agensi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan