Pertempuran Bersenjata Berhubung Wang Tebusan Dapat Dielakkan

Diterbitkan: Isnin, 8 Disember 2014 5:39 PM

Konstabel Zakiah Aleip, bersama isterinya Sharifah Erna Berson, 23 serta anak lelaki mereka, Mohamad Hisham.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Satu pertikaian mengenai wang tebusan hampir membawa kepada pertempuran berdarah di antara perunding dan kumpulan pengganas Abu Sayyaf  yang menculik Konstabel Zakiah Aleip dan dijadikan sebagai tebusan.

Sumber perisikan Filipina di Pulau Jolo, di mana Zakiah ditahan berkata pertempuran itu dielakkan dengan campur tangan seorang pemimpin kanan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang dikenal pasti sebagai Tahir.

Mereka berkata pertikaian di antara pemimpin Abu Sayyaf, Al Habsi dan perunding yang diketuai oleh Marmi Sangkula, bekas komander MNLF, berlaku lebih dari seminggu yang lalu.

Menurut sumber itu, pertempuran timbul berhubung jumlah wang tebusan yang diserahkan kepada kumpulan Al Habsi yang telah memindahkan Zakiah ke kawasan ladang di tempat persembunyian di dalam hutan.

"Wang masuk tetapi hanya sebahagian daripadanya. Daripada 40 juta Peso yang dipersetujui , hanya 15 juta Peso yang sampai ke tangan Al Habsi ini, " kata sumber dari Jolo itu yang tidak mahu dikenali.

Dia berkata ini menimbulkan kemarahan Al Habisi dan kumpulan lelaki bersenjata itu memutuskan menahan Marmi dan beberapa perunding lain di sekitar sempadan Indanan dan majlis perbandaran Patikul di Jolo.

"Malah, kumpulan lelaki bersenjata telah pergi ke pantai untuk melihat jika bot yang membawa satu atau dua orang rakyat Malaysia yang berurusan dengan Marmi Sangkula masih berada di kawasan itu.

"Nasib baik rakyat Malaysia itu telah pun berada di luar kawasan," kata sumber itu, sambil menambah dia tidak tahu siapakah rakyat Malaysia yang berada dalam bot laju tersebut.

Menurut sumber itu, orang-orang Al Habsi telah mengeluarkan kata dua untuk penghantaran baki 25 juta dalam tempoh masa lima hari sambil meletakkan Marmi Sangkula dan pasukannya di bawah kawalan.

Pada masa ini, sumber berkata orang-orang Marmi Sangkula dari kawasan kejiranan mahu membalas, tetapi pertempuran pistol itu telah dielakkan apabila Tahir dari MNLF mententeramkan kumpulan yang bertelagah.

Marmi Sangkula dan pasukannya kemudian dibebaskan, kata mereka.

Ketegangan, bagaimanapun, kekal tinggi walaupun Zakiah dilaporkan selamat dan dalam masa yang sama kumpulan Marmi Sangkula meneruskan rundingan untuk wang baki, kata sumber.

Apabila ditanya mengenai kejadian itu, aktivis anti-penculikan selatan Filipina  Prof Octavio Dinompo berkata dia menyedari perkembangan terkini tetapi enggan mengulas lanjut.

"Saya menjangkakan keadaan menjadi lebih jelas dalam seminggu atau lebih," kata Dinampo, pensyarah Mindanao State University yang tinggal di Indanan, tidak jauh dari tempat persembunyian hutan Abu Sayyaf.

Zakiah, 25, dan pengurus sangkar ikan Chan Sai Chuin, 32, di mana wang tebusan RM3 juta telah dituntut untuk pembebasan mereka, antara 10 tebusan yang berada di tangan kumpulan pengganas Abu Sayyaf.
\
Pada Sabtu, satu seorang daripada tebusan asing dari Switzerland Lorenzo Vinciguerra, 47, melarikan diri dari kumpulan lelaki bersenjata Abu Sayyaf dalam pertempuran dengan tentera Filipina.

Seorang lelaki Belanda Ewold Horn, 52, yang telah ditahan dengan Vinciguerra tidak dapat melarikan diri kerana sakit dan masih ditahan berhampiran Patikul.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan