Pengebom Berani Mati Malaysia Terbunuh Di Syria Dikenal Pasti - Berita Semasa | mStar

Pengebom Berani Mati Malaysia Terbunuh Di Syria Dikenal Pasti

Diterbitkan: Isnin, 8 Disember 2014 9:17 PM

Ahmad Affendi

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis telah mendedahkan identiti pengebom berani mati kedua dari Malaysia yang terbunuh di Syria, yang dikaitkan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS).

Anggota militan itu, yang dikenal pasti sebagai Ahmad Affendi Abdull Manaff, 27, dipercayai telah memandu sebuah trak yang sarat dengan bom ke kem tentera di Homs, Syria, membunuh kira-kira 50 askar Presiden Syria Bashar Al-Assad.

Sumber mendedahkan bahawa Ahmad Affendi, yang masih bujang, telah pergi ke Syria pada 23 April untuk menyertai kumpulan pengganas IS.

Dipercayai bahawa penyerang berani mati itu, yang juga dikenali sebagai Abu Zakaria, berasal dari Tumpat, Kelantan, dan mempunyai kelulusan SPM.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayub Khan mengesahkan kematian Ahmad Affendi.

"Berdasarkan pengumpulan risikan, kami mengesahkan dia meninggal dunia dalam serangan itu.

"Kami percaya dia melakukan serangan tersebut sama ada pada 8 November atau 9 November," katanya ketika dihubungi , Isnin.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Ahmad Tarmimi Maliki, 26, diberikan penghormatan yang meragukan sebagai pengebom berani mati yang pertama dari Malaysia yang dikaitkan dengan IS.

Dia dikatakan telah meletupkan 25 tentera elit Iraq di ibu pejabat SWAT Iraq di al-Anbar pada 26 Mei.

Laporan menyatakan bahawa Ahmad Tarmimi, yang menerima latihan militan di Port Dickson pada akhir tahun lepas, memandu SUV tentera dipenuhi dengan beberapa tan bahan letupan ke ibu pejabat SWAT dan meletupkan dirinya.

Pengeboman didahului serangan ke atas ibu pejabat oleh komando IS.

Sehingga kini, enam militan Malaysia telah meninggal dunia berjuang di Syria dan Iraq.
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan