KP Jab. Hal Ehwal Khas (Jasa) Fuad Hassan Meninggal Dunia - Berita Semasa | mStar

KP Jab. Hal Ehwal Khas (Jasa) Fuad Hassan Meninggal Dunia

Diterbitkan: Isnin, 8 Disember 2014 12:49 AM

Allahyarham Datuk Fuad Hassan, Ketua Pengarah Jasa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Fuad Hassan telah meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang pada pukul 12.20 pagi Isnin.

Jasa adalah salah sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia. 

Allahyarham Fuad, 62,  adalah anak kedua kepada tokoh agama dan pengajian Al-Qur'an terkenal iaitu Tan Sri Hassan Azhari. Beliau juga adalah abang kepada pelakon terkenal Datuk Jalaluddin Hassan dan adik kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Bekas lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu dua hari yang lalu telah menghadiri program kementerian di Kemaman, Terengganu dan telah dimasukkan ke Hospital Kemaman pada Sabtu sebelum dipindahkan ke Kuantan untuk rawatan lanjut setelah terkena serangan sakit jantung.

Sebelum dilantik sebagai ketua pengarah Jasa, Allahyarham pernah menjadi ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang selama dua penggal sebelum tewas di tangan Menteri Besar Selangor sekarang, Azmin Ali dalam pilihan raya umum 1999.

mStar Online difahamkan, jenazah Allahyarham akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Ampang selepas waktu Zohor, Isnin.


   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan