Komposisi Anggota PAC Selangor Ikut Bilangan Adun Parti - Speaker

Diterbitkan: Isnin, 8 Disember 2014 9:11 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Komposisi anggota Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) Selangor yang diperuntukkan Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah mengikut kadar bilangan anggota mana-mana parti di dalam Dewan, kata Speaker DU NSelangor Hannah Yeoh Tseow Suan.

Beliau berkata komposisi itu selaras dengan Peraturan Tetap 72(1), Peraturan-peraturan Tetap DUN Selangor malah turut berlandaskan Peraturan 82(1), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang diguna pakai di Parlimen.

"Saya mengambil maklum bahawa Datuk Mohd Shamsuddin Lias (bekas ketua pembangkang DUN) ada membangkitkan isu komposisi dalam jawatankuasa PAC yang didakwa berat sebelah dan tak mencerminkan semangat demokrasi sebenar.

"Ingin saya jelaskan bahawa komposisi yang ditetapkan adalah mengikut kadar parti masing-masing di dalam DUN malah amalan ini turut diguna pakai oleh Parlimen di beberapa negara komanwel yang maju," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau mengulas peletakan jawatan ketua pembangkang DUN oleh Mohd Shamsuddin yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Burong daripada Barisan Nasional (BN), berkuat kuasa serta merta hari ini berikutan keengganannya menerima pelantikan sebagai pengerusi PAC Selangor.

Yeow menjelaskan tindakan meminda peraturan tetap berkaitan yang mewajibkan ketua pembangkang dilantik sebagai pengerusi PAC pada persidangan DU NKhamis lepas adalah untuk memastikan DUN Selangor dapat terus maju seiring dengan negara-negara maju.

Katanya, pelantikan ketua pembangkang sebagai pengerusi PAC adalah penting terutamanya dalam memantau laporan audit berkaitan perbelanjaan dan kewangan.

"Jika berlaku keadaan yang mana ada anggota PAC yang tidak mahu bersetuju dengan keputusan pengerusi, pengerusi layak dengan kuasanya untuk membuat sidang media memberitahu rakyat tentang perkara itu dan dari sini, rakyat boleh mengukur keberkesanan Adun mereka," katanya.

Sehubungan itu katanya, BN Selangor disaran segera memilih dan menamakan calon daripada 12 Adun mereka untuk berperanan sebagai ketua pembangkang baharu seterusnya dilantik sebagai pengerusi PAC Selangor.

Beliau berkata, kesegeraan BN Selangor melantik ketua pembangkang baharu dapat membantu melicinkan pentadbiran kerajaan negeri terutamanya bagi isu yang melibatkan jawatankuasa PAC Selangor.

Terdahulu, Mohd Shamsuddin dalam sidang akhbarnya mendakwa tindakan kerajaan Selangor meletakkan komposisi anggota jawatankuasa PAC dengan dimonopoli Adun Pakatan Rakyat (PR) dilihat lebih berunsur muslihat politik.


Tags / Kata Kunci: PAC Selangor , Adun , Shamsuddin Lias

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan