AirAsia Terima Anugerah Syarikat Penerbangan Kos Rendah Terunggul Dunia Buat Kali Ke-2

Diterbitkan: Isnin, 8 Disember 2014 6:34 PM

Presiden Anugerah Pelancongan Dunia, Graham Cooke (tiga, kiri), Miss Anguilla 2013, Amethyst Davis (empat kiri), bersama Datuk Kamarudin Meranun (tiga, kanan).

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: AirAsia telah diberikan gelaran syarikat penerbangan tambang rendah terunggul dunia bagi tahun kedua berturut-turut di majlis berprestij Anugerah Pelancongan Dunia 2014 yang diadakan di Anguilla pada Ahad.

"Kami rasa terharu dan bersyukur menerima pengiktirafan ini bagi tahun kedua berturut-turut," kata Pengerusi Eksekutif dan pengasas bersama AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun, yang menerima anugerah itu daripada Presiden Anugerah Pelancongan Dunia Graham Cooke.

"Anugerah ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa kerja keras, kesungguhan, dedikasi dan kreativiti kesemua 15,000 bintang AirAsia kami. Setiap seorang daripada mereka harus berbangga bahawa komitmen mereka untuk syarikat penerbangan itu telah sekali lagi meletakkan AirAsia di peta dunia, " katanya, Isnin.

"Ia merupakan satu penghormatan untuk diiktiraf di seluruh dunia, dan kami mengambil kemenangan ini sebagai satu pembaharuan komitmen dalam mewujudkan pengalaman perjalanan yang hebat untuk tetamu kami," kata Kamarudin.

Kamarudin berkata mereka bersedia untuk melancarkan mereka Pas Asean AirAsia, yang direka untuk mengintegrasikan masyarakat Asean.

"Ini hanyalah beberapa inovasi berterusan di mana kita bekerja keras untuk menyampaikannya kepada pelanggan kami. Kami akan terus melakukan inovasi dan memberikan lebih perkhidmatan kepada pasaran kami," kata Kamarudin.

AirAsia muncul sebagai pemenang dalam kategori syarikat penerbangan tambang rendah terunggul dunia, menerima undi tertinggi daripada syarikat pelancongan profesional dari seluruh dunia, mengatasi calon lain dalam kategori itu iaitu airberlin, easyJet, flydubai, JetBlue Airways, Jetstar Airways, Kulula, Mango, Norwegian, Ryanair dan juga Southwest Airlines.

AirAsia juga telah menerima gelaran Syarikat Penerbangan Tambang Murah terbaik dan terunggul  di Asia oleh Skytrax selama enam tahun berturut-turut dari 2009-2014.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan