57 Rumah Di Gugusan Manjoi Rosak Akibat Puting Beliung

Diterbitkan: Ahad, 7 Disember 2014 8:43 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Sebanyak 57 rumah di Gugusan Manjoi rosak teruk akibat dilanda puting beliung petang Ahad. 

Kawasan yang terlibat ialah Kampung Tengku Hussein Baru dan Kampung Sungai Tapah Seberang.

Anggota Dewan Undangan Negeri Manjoi, Mohamed Ziad Mohamed Zainal Abidin berkata dalam kejadian kira-kira 2.45 petang itu, kebanyakan rumah rosak teruk di bahagian bumbung.
 
"Bahagian yang paling teruk adalah bumbung. Ada juga rumah yang pagarnya roboh," katanya kepada pemberita selepas melawat rumah yang terlibat di Kampung Tengku Hussein Baru.

Beliau berkata mangsa yang terlibat kini ditempatkan di Dewan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Tengku Hussein Baru, bagaimanapun jumlahnya masih belum dikenal pasti.

"Bantuan segera akan dihulurkan kepada mangsa terlibat untuk meringankan beban mereka," katanya.

Seorang mangsa Habsah Yassin, 86, dari Kampung Tengku Hussein Baru berkata bumbung rumahnya diterbangkan angin dengan sekelip mata dan menimpa kereta cucunya serta pagar rumah sementara barang-barang lain turut rosak. 

Mohd Khalid Mohd Tahir, 60, dari kampung yang sama berkata ketika kejadian beliau sedang membakar sate bersama anggota keluarganya.
 
"Kami hanya mampu menyorok di kawasan selamat," katanya sambil menjelaskan kejadian itu merupakan kali ketiga sepanjang 35 tahun beliau menetap di kampung

Tags / Kata Kunci: puting beliung , Manjoi

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan