Politikkan Isu Rasuah Hanya Timbulkan Persepsi Negatif - SPRM

Diterbitkan: Ahad, 7 Disember 2014 9:25 PM

Mustafar Ali

Mustafar Ali.

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Mempolitikkan isu rasuah hanya akan menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat dan menjadi satu kekangan buat Malaysia memperbaiki kedudukan dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menjelang 2020, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mustafar Ali.
 
"Kalau sebut tentang kekangan, adalah persepsi yang mana kalau isu rasuah dipolitikkan akan timbulkan persepsi negatif, sebab kalau dari segi fakta kita akan memperlihatkan ketelusan kita.

Kalau persepsi berterusan dan persepsi negatif dilemparkan terutama terhadap agensi yang berusaha bersungguh-sungguh untuk memerangi rasuah, ini akan menjejaskan usaha baik yang dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas Forum Sempena Hari Anti Rasuah Sedunia 'Merakyatkan Pencegahan Rasuah: Penilaian Peranan Kita' di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan turut di hadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Malaysia telah naik tiga anak tangga, dari tempat ke-53 tahun lepas kepada ke-50 tahun ini dalam ranking CPI oleh Transparency International melibatkan 175 negara selain turut menyasarkan untuk menduduki tempat ke-30 pada 2020.

Ditanya mengenai terdapat tanggapan bahawa SPRM hanya mengenakan tindakan terhadap golongan bawahan sahaja, Mustafar berkata pihaknya mengambil tindakan terhadap semua pihak tidak kira besar atau kecil.
 
"SPRM tak kira siapa dan tak pilih bulu, ikan bilis atau ikan jerung asalkan nama 'ikan' kita ambil tindakan dan kita tak pilih warna, apa juga warna kita ambil tindakan, itu jelas," katanya.

Mustafar berkata masyarakat tidak perlu takut untuk menyalurkan maklumat kerana pihaknya memberi jaminan keselamatan dan perlindungan terhadap pemberi maklumat.
 
"Saya tekankan kita ada perlindungan terhadap pemberi maklumat dan identiti mereka dirahsiakan, jadi tak perlu jadi ketakutan kepada mereka dan kita akan ambil tindakan dengan cara SPRM yang bebas dan telus," katanya.

Tags / Kata Kunci: SPRM , Indeks Persepsi Rasuah , Mustafar Ali

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan