Projek Pembangunan Luar Bandar Dilaksana Secara Holistik - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 6 Disember 2014 7:57 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tiga kanan) menyampaikan replika kunci rumah kepada wakil penduduk simbolik perasmian Rumah Peserta Agropolitan Runchang dekat sini, hari ini. Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob (dua kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Datuk Jebasingam Issace John (kiri).-Foto BERNAMA.

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata semua projek pembangunan luar bandar akan dilaksanakan secara holistik untuk mengurangkan kadar kemiskinan dan merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar.

Perdana Menteri berkata selain kemudahan asas seperti perumahan, bekalan air dan elektrik, penduduk luar bandar termasuk kaum Orang Asli perlu disediakan dengan sumber ekonomi yang mampu memberikan pendapatan tetap.
 
"Kita bangunkan masyarakat luar bandar hari ini, bukan hanya dengan meluluskan projek tertentu sahaja seperti membuat dewan komuniti, jalan raya dan bekalan elektrik serta air, tetapi kita lihat usaha ini mesti dilakukan secara hoslitik atau pakej.
 
"Maknanya kita tak boleh beri rumah sahaja, tanpa sumber ekonomi, pembangunan itu tidak lengkap, tanpa bekalan air atau bekalan air terputus-putus, ia bukan pembangunan menyeluruh," katanya. 

Najib berkata demikian pada majlis penyerahan kunci rumah baharu kepada 102 penduduk Orang Asli yang menjadi peserta projek membasmi kemiskinan Agropolitan Runchang, Agropolitan Pekan, Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Runchang di sini, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaacob dan Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC Datuk Jebasingam Issace John.

Najib berkata program Agropolitan Pekan di Runchang yang beliau rasmikan lima tahun lepas adalah contoh terbaik pelaksanaan kosep pembangunan secara holistik itu. 

Katanya selain diberikan kemudahan rumah tiga bilik, peserta juga diberikan peluang pekerjaan menerusi projek penternakan kambing biri-biri dorper dengan pendapatan minimum RM950 sebulan.

Malah Najib, yang juga anggota Parlimen Pekan, berkata penempatan peserta juga dilengkapi dengan kemudahan awam seperti dewan masyarakat, taman permainan, gelanggang futsal, tadika dan surau. 
 
"Program ini menyeluruh kerana selain dapat rumah yang lebih selesa dan kehidupan komuniti lebih lengkap, kita juga jamin pendapatan bulanan mereka," katanya.
 
"Kalau dulu pendapatan mereka tidak menentu, mungkin mengikut musim tetapi hari ini dengan projek ternakan kambing dorper ini peserta mampu meraih pendapatan RM950 sebulan," kata Najib. 

Katanya jumlah pendapatan itu mampu meningkat lebih tinggi jika peserta melipat gandakan usaha dan waktu bekerja, sekali gus membolehkan mereka memggunakan pendapatan yang diperoleh untuk tabungan dan pelaburan pada masa depan. 
 
"Kepada msyarakat Orang Asli saya berharap mereka dapat melihat peluang ini sebagai peluang terbaik untuk menjadi masyarakat di dalam arus pembangunan perdana.
 
"Kerajaan tidak mahu Orang Asli terasing atau ketersampingan daripada mendapat faedah pembangunan negara, lebih-lebih orang Asli adalah penyokong tegar kerajaan Barisan Nasional (BN)" katanya. 

Dalam majlis itu, Perdana Menteri turut mengumumkan pemberian kenaikan elaun sebanyak 12 peratus kepada peserta Agropolitan Pekan, menjadikan jumlah pendapatan yang diterima sebanyak RM1,064 sebulan dan sumbangan khas RM200 untuk satu keluarga bagi perbelanjaan persekolahan anak-anak peserta.
 
Dalam masa yang sama, Najib turut menyeru masyarakat Orang Asli supaya memastikan anak-anak mereka menamatkan persekolahan untuk menjamin masa depan yang cerah. 

Projek Agropolitan Pekan di Runchang merupakan tapak agropolitan yang pertama dilaksanakan oleh pihak ECERDC di ECER bermula dengan penyertaan sebanyak 30 Orang Asli tempatan. 

Projek tersebut kini menyaksikan penglibatan sebanyak 102 peserta dengan penternakan biri-biri dorper sebagai aktiviti ekonomi mereka. 

Projek agropolitan itu dijangka akan menjadi hab penternakan biri-biri dorper terbesar di Asia Tenggara dengan anggaran jumlah ternakan mencecah 25,000 biri-biri menjelang tahun 2020.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan