MH17: Penglibatan Malaysia Bantu Siasatan Lebih Terperinci

Diterbitkan: Sabtu, 6 Disember 2014 4:02 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penglibatan Malaysia sebagai anggota penuh Pasukan Siasatan Bersama MH17 yang tertumpu kepada siasatan berunsur jenayah dijangka dapat mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata: "Penglibatan kita (Malaysia) dalam siasatan ini amat penting dan saya yakin ia dapat membantu pasukan menemui bukti-bukti yang penting untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan."

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis graduasi Institut Kojadi di Wisma MCA, di sini, Sabtu.

Liow berkata proses siasatan tragedi itu sedang dijalankan yang Malaysia kini berada bersama-sama Belanda, Australia, Belgium dan Ukraine dalam kumpulan siasatan teknikal dan jenayah.

Isnin lepas, Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Malaysia diterima sebagai anggota penuh Pasukan Siasatan Bersama yang tertumpu kepada aspek siasatan jenayah susulan nahas tersebut.

Penerimaan negara sebagai anggota penuh dan setaraf dalam pasukan siasatan itu dimaklumkan Pejabat Pendakwa Raya Kebangsaan Belanda melalui surat bertarikh 28 Nov lepas kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Sebagai sebahagian daripada proses siasatan jenayah bersama antarabangsa yang sedang dijalankan, Abdul Gani dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah belepas ke The Hague pada Rabu untuk menghadiri Mesyuarat Koordinasi Eurojust Ketiga mengenai siasatan jenayah Khamis lepas.

MH17 dipercayai ditembak jatuh di wilayah timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam penerbangan dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur yang kesemua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 44 rakyat Malaysia telah terkorban.

Menyentuh mengenai tindakan ahli keluarga penumpang pesawat yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Malaysia, Liow berkata kerajaan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Walau bagaimanapun sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang maklumat berkaitan tindakan memfailkan saman oleh pihak tersebut, katanya.

"Saya baru pulang dari Chongqing, China dan belum menerima apa-apa maklumat terperinci berhubung dengan kes (memfailkan saman) ini, tetapi Malaysia sentiasa bersedia menghadapi sebarang dakwaan di Mahkamah.

"Kita tahu dan faham bahawa saman ini adalah hak penumpang dan ahli keluarga yang terlibat dalam nahas dan kita perlu bersedia menghadapi apa kemungkinan sekalipun," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan portal berita Daily Mail United Kingdom pada Rabu yang memetik News.com.au yang mendakwa lapan keluarga mangsa MH17 dari Australia akan menyaman Rusia, Ukraine dan Malaysia berikutan nahas tersebut.

Peguam Jerry Skinner yang mewakili keluarga tersebut daripada New South Wales, Canberra, Victoria, Queensland dan South Australia dipetik sebagai berkata beliau menunggu maklumat lanjut sebelum memfailkan kes di Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah.


Tags / Kata Kunci: MH17 , MAS

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan