Suasana Tidak Menentu Di Penempatan Pelarian Di Kinarut

Diterbitkan: Sabtu, 6 Disember 2014 9:47 AM

Suasana di penempatan pelarian Filipina di Kinarut.—foto THE STAR/Zulazhar Sheblee

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Penempatan pelarian Filipina yang menempatkan kira-kira 500 keluarga di Kinarut lebih senyap daripada biasa pada  Jumaat.

Dua serbuan dalam tempoh kurang dari enam jam pada tengah malam dan sekali lagi kira-kira pukul 4 pagi semalam, menyaksikan sejumlah pendatang asing ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kepayan.

"Mereka datang dengan trak dan menahan orang-orang yang tidak mempunyai dokumen lengkap, dan ramai yang melarikan diri," kata seorang penduduk Filipina yang telah lama tinggal di sini, Neng Rajahassan, 57.

Neng memegang dokumen IMM13 yang dikeluarkan kepada pelarian Filipina.

Serbuan itu dibuat dua hari selepas laporan 368 halaman Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) pendatang asing Sabah diumumkan kepada awam.

Sejak itu, suasana yang tidak menentu menyelubungi penempatan di Kinarut.

"Apa sahaja yang kerajaan putuskan, kami hanya akan ikut," kata Neng, di mana suaminya Abdul Rahman Ali Basa adalah ketua kampung bagi penempatan ini. Penempatan ini mempunyai 437 buah rumah dan sekitar 5,000 penduduk.

Bercakap secara terus terang, dia berkata dia melarikan diri dari kampungnya di Tawi-Tawi pada tahun 1970-an, ketika Filipina berada di bawah undang-undang tentera.

Dia dan ahli keluarga yang lain berpindah ke penempatan pelarian yang ditubuhkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian dan kemudian diambil alih oleh Pasukan Petugas Persekutuan yang mengambil tugas memastikan mereka mendapat dokumen IMM13 daripada Jabatan Imigresen selepas banci tahun 1990.

Neng berkata dia memperbaharui dokumen IMM13 setiap tahun dan masih berharap untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia, yang telah dipohon beberapa kali.

"Saya telah mengikuti laporan RCI di televisyen. Saya tidak pasti apa kedudukan kami, tetapi apa sahaja keputusan yang dibuat untuk kami, kita akan menerimanya, " kata Neng, yang bersedia kembali ke Filipina jika perlu.

Menurut Neng, penempatan Kinarut mempunyai campuran penduduk yang terdiri daripada pemegang IMM13, penduduk tetap dan mereka yang telah menjadi rakyat Malaysia.

"Ada yang mendapat kewarganegaraan Malaysia melalui saluran yang betul. Orang lain mungkin telah mendapatkannya melalui pihak ketiga atau sindiket. Tetapi saya tidak tahu sama ada sekarang mereka akan berdepan dengan masalah, " katanya.

Kampung Kinarut adalah salah sebuah daripada lima penempatan pelarian di Sabah.

Penempatan lain terletak di Telipok, Sandakan, Semporna dan Tawau, ditubuhkan pada tahun 1976 untuk menjaga kebajikan pelarian yang melarikan diri daripada undang-undang sivil dan undang-undang tentera selatan Filipina.

Dokumen IMM13 telah dikeluarkan kepada mereka berikutan pelaksanaan pendaftaran di antara tahun 1976 dan 1985 apabila didapati terdapat kira-kira 73,000 pelarian.

Satu lagi usaha pendaftaran pada 1990-an mendapati bahawa bilangan mereka telah meningkat tiga kali ganda.

Laporan RCI menyatakan bahawa selepas kebanjiran pelarian, satu lagi kumpulan pendatang asing datang ke Sabah secara haram sebagai pendatang ekonomi.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan