Warga Switzerland Ditahan Militan Abu Sayyaf Lebih 2 Tahun Diselamatkan

Diterbitkan: Sabtu, 6 Disember 2014 12:57 PM

Tentera Filipina ketika menjalankan tugas.

(Ubah saiz teks)

ZAMBOANGA CITY: Tentera kerajaan Filipina pada Sabtu menyelamatkan seorang rakyat Switzerland yang diculik oleh kumpulan militan Abu Sayyaf lebih dari dua tahun lalu, lapor agensi berita Xinhua.

Lorenzo Vinceguerre, 49, adalah salah seorang daripada dua pemerhati burung Eropah yang ditahan selama lebih dua tahun oleh militan Abu Sayyaf di wilayah Sulu di selatan Filipina.

Jurucakap tentera wilayah, Kapten Marin Rowena Muyuela berkata pasukan daripada Pasukan Petugas Bersama Sulu yang diketuai oleh Kolonel Alan Arrojado melancarkan operasi terhadap pemberontak Abu Sayyaf di bandar Patikul kira-kira pukul 5.20 pagi Sabtu.

Vinceguerre mengambil peluang untuk melarikan diri daripada penculiknya ketika berlaku tembak-menembak dan tentera kerajaan memperhebatkan operasi mereka.

"Ketika Vinceguerre melarikan diri dia ditembak oleh anggota lain kumpulan Abu Sayyaf," kata Muyuela.

Pasukan tentera bagaimanapun berjaya menyelamatkan Vinceguerre.

Lelaki itu telah dibawa ke sebuah hospital tentera untuk rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Lebih daripada 10 tebusan dipercayai ditahan oleh pemberontak Abu Sayyaf di Sulu.

Tags / Kata Kunci: militan , Abu Sayyaf , Lorenzo Vinceguerre

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan