Bekalan Sayur Tidak Terjejas, Ladang Haram Di Cameron Highlands 'Dibersihkan'

Diterbitkan: Sabtu, 6 Disember 2014 6:00 PM

(Ubah saiz teks)

BERA: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi jaminan bekalan sayur-sayuran bagi pasaran tempatan tidak akan terjejas berikutan tindakan pihak berkuasa yang kini giat 'membersihkan' ladang sayur haram di Cameron Highlands. 

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini kerana bekalan sayur-sayuran dari ladang haram di Cameron Highlands tidak pernah disenarai dalam statistik bekalan sayur negara.
 
"Kerajaan akan sedaya upaya mencari alternatif termasuk mengimport bekalan sayur jika bekalan sayur negara terjejas," katanya kepada pemberita selepas melancarkan AgroAgent di Dataran Kerayong, dekat sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Agrobank Tan Sri Faizah Mohd Tahir dan Pengarah Jabatan Kewangan Pembangunan dan Enterprise, Bank Negara Malaysia, Marina Kahar.

Ismail Sabri diminta mengulas sama ada tindakan pihak berkuasa meroboh ladang sayur haram dan memburu pekerja asing tanpa izin yang bekerja di ladang-ladang sayur berkenaan di Cameron Highlands, menjejaskan bekalan sayur negara.

Dalam pada itu, beliau berkata kementerian tidak akan berkompromi dengan pihak yang menggaji pekerja asing untuk bekerja di ladang-ladang sayur haram di kawasan tanah tinggi itu.
 
"Kerajaan tidak akan melayan bantahan daripada mana-mana pekebun sayur haram walaupun ada yang mahu menghantar memorandum bantahan disebabkan tindakan pihak berkuasa dikatakan menjejaskan bekalan sayur negara.
 
"Jika betul bekalan sayur terjejas, kita akan sedaya upaya mencari jalan supaya bekalan cukup, tetapi untuk membenarkan pendatang asing bekerja di ladang haram sehingga menguasai Cameron Highlands, kita tidak akan berkompromi dalam hal itu," katanya.

Tags / Kata Kunci: bekalan sayur , Cameron Highlands

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan