Keputusan Kekal Akta Hasutan 1948 Muktamad - TPM

Diterbitkan: Sabtu, 6 Disember 2014 4:04 PM

(Ubah saiz teks)

BINTULU: Malaysia berhak membuat sebarang keputusan demi kepentingan keselamatan dan keamanan negara termasuk mengekalkan undang-undang sedia ada seperti Akta Hasutan 1948, tegas Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata keputusan mengekalkan akta itu adalah muktamad dan tidak perlu dikaji semula memandangkan ia telah dibincang dengan teliti serta mendapat pandangan semua pihak.

"Pihak luar tidak perlu campur tangan dalam hal ini," katanya selepas merasmikan perhimpunan agung tri-tahunan Parti Progresif Demokratik Rakyat Sarawak (SPDP) di sini, Sabtu.

Malaysia, tegas beliau, tidak pernah campur tangan isu dalaman negara luar dan mahu negara luar menghormati pendirian Malaysia sekarang.

Muhyiddin mengulas kritikan daripada pelbagai pihak antaranya Naib Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan Duta Besar Amerika Syarikat di Malaysia Joseph Kahn yang mengkritik keputusan kerajaan itu.

Pada 27 Nov lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan dengan mengambil kira pandangan rakyat, Akta Hasutan 1948 dikekalkan dengan cadangan pindaan memasukkan dua peruntukan khas bagi mengukuhkan lagi akta itu.

Katanya kedua-dua peruntukan khas itu bertujuan melindungi kesucian agama Islam dan agama lain serta mendakwa mereka yang menghasut agar Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia.

"Akta Hasutan akan terus dikekalkan. Malah akan dipertahan, diperkuat dan diperkukuhkan," tegas Najib.


Tags / Kata Kunci: Akta Hasutan 1948 , Amerika Syarikat

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan