Akta Hasutan 1948 Bukan Alat Politik Kerajaan - Khairy

Diterbitkan: Sabtu, 6 Disember 2014 5:59 PM

Khairy Jamaluddin.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Akta Hasutan 1948 bukan alat politik untuk menutup ruang kritikan terhadap kerajaan atau menyekat kebebasan bersuara rakyat, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. 

Khairy, yang juga Ketua Pemuda Umno, berkata tujuan akta itu adalah untuk mengekang mana-mana pihak daripada mengeluarkan kenyataan yang menghasut dan menghina kaum, agama dan Raja-Raja Melayu.
 
"Akta Hasutan 1948 bukan alat politik. Jika hendak mengkritik kerajaan, boleh. Tiada kritikan (terhadap kerajaan) yang kita boleh tuduh di bawah Akta Hasutan tetapi kalau ada tindakan melampaui batas, menghina agama atau kaum, itu baru hasutan. 
 
"Akta Hasutan bukan melindungi parti politik tetapi perisai untuk seluruh rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita selepas majlis #katakita Townhall 'Keharmonian Kaum', di sini hari ini.

Pada majlis itu, Khairy menjadi panelis bersama-sama pengamal undang-undang, JR Tey, menjawab pelbagai pertanyaan hadirin berkenaan isu keharmonian kaum dan Akta Hasutan 1948.
 
Selain kenyataan menghina kaum, agama dan institusi Diraja, Khairy berkata kenyataan menggalakkan pemisahan Sabah dan Sarawak daripada Malaysia, juga akan dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan 1948.

Menteri itu menegaskan penguatkuasaan Akta Hasutan itu juga perlu dilakukan secara adil terhadap semua individu tanpa mengira latar belakang kaum, agama atau kedudukan seseorang itu.
 
"Pelaksanaan (akta itu) mestilah adil," katanya.

Mengenai kenyataan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Joseph Y Yun semalam yang 'hairan' tentang keputusan Malaysia mengekalkan Akta Hasutan 1948, Khairy berkata beliau telah berjumpa Yun semalam. 

Dalam pertemuan tersebut, Khairy berkata beliau menjelaskan kepada Duta Amerika Syarikat itu tentang keputusan kerajaan mengekalkan akta berkenaan.
 
"Beliau (Yun) memaklumkan kepada saya, kerajaan Malaysia perlu membuat penjelasan kepada masyarakat dunia. Saya rasa kita boleh buat penjelasan supaya mereka memahami kenapa kita kekalkan Akta Hasutan," katanya.

Penjelasan tentang Akta Hasutan itu, Khairy berkata bukan bermaksud Malaysia meminta keizinan dunia untuk mengekalkan akta itu tetapi sekadar menjelaskan langkah kerajaan mengekalkannya.

Ketua Pemuda Umno itu juga berkata kenyataan Naib Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menerusi laman Twitter, berhubung perbicaraan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, merupakan satu campur tangan urusan dalaman Malaysia.
 
"Ini campur tangan dalam soal kehakiman negara kita. Badan kehakiman Malaysia yang tentukan tentang kes itu dan bukan Naib Presiden Amerika Syarikat untuk memberitahu kita. Ia usaha untuk mendahului keputusan mahkamah," katanya.

Negara kuasa besar itu, menurut Khairy perlu 'cermin diri sendiri' sebelum mengkritik Malaysia kerana mereka juga sedang berdepan pelbagai kepincangan termasuk berkenaan isu hubungan kaum dan kekerasan anggota polis.
 
"Mereka juga perlu menutup pusat tahanan di Teluk Guantanamo, Cuba yang menahan lebih 200 tahanan tanpa bicara," katanya.
Tags / Kata Kunci: Akta Hasutan 1948 , Khairy Jamaluddin

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan