Pendakwah Asing Perlu Ditapis, Elak Sebar Fahaman Ekstremis

Diterbitkan: Jumaat, 5 Disember 2014 11:42 AM

Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pendakwah dari negara luar perlu melalui proses tapisan keselamatan pihak polis, sebelum dibenar memberi syarahan di negara ini bagi memastikan fahaman ekstrem termasuk berunsur militan tidak disebarkan di Malaysia.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman SAC Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata sehubungan itu satu mekanisme perlu diwujudkan bagi menapis pendakwah dari negara luar.

Katanya berdasarkan pengalaman lalu, ideologi berunsur militan dan ekstremisme dibawa oleh orang asing ke negara ini, antaranya Jemaah Islamiah dan Jemaah Anshorut Tauhid (JAT).

"Kalau boleh setiap pendakwah atau penceramah asing yang datang untuk bagi syarahan agama perlu melalui tapisan keselamatan polis terlebih dahulu...iaitu Jabatan Agama rujuk kepada kita dahulu dan kita buat tapisan sebelum mereka (Jabatan Agama) membuat pentauliahan kepada penceramah berkenaan.

"Aspek yang penting ialah untuk kawal atau kekang kemasukan individu yang kononnya pendakwah, walhal membawa fahaman ekstremisme dan bertentangan dengan landasan Islam sebenar," katanya.

Ayob Khan berkata terdapat beberapa keadaan, jabatan agama tidak merujuk kepada pihak polis dalam isu kemasukan (pendakwah), sebelum ditauliah untuk memberi syarahan dalam negara sedangkan ia merupakan langkah pencegahan awal dalam mengekang ideologi militan, ektremisme dan sebagainya.

"Sebagai contoh, sebelum ini terdapat beberapa individu yang tidak dibenarkan memberi syarahan di negara-negara Arab dan juga beberapa negara Barat seperti Amerika Syarikat dan sebagainya namun mereka dibenarkan masuk dan memberi syarahan yang kononnya syarahan agama di negara ini.

Beliau juga menegaskan, terdapat beberapa kes, pendakwah asing ini cuba untuk menggunakan sokongan golongan ternama untuk mendapatkan status penduduk tetap (PR) bagi membolehkan mereka menyebarkan fahaman mereka.

Berhubung pembentangan Kertas Putih 'Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan Islamic State (IS)' oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, beliau berkata pihaknya menyokong sepenuhnya sama ada kerajaan ingin menggubal undang-undang baharu mahupun memperkukuh Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

"Dalam keadaan ancaman militan ketika ini, kita perlu memperkemas lagi Sosma bagi memudahkan pengemukaan bukti di mahkamah," kata Ayob Khan.

Semasa membentangkan Kertas Putih itu, Najib bagi pihak kerajaan merayu sokongan rakyat terhadap usaha membendung ideologi kumpulan militan IS dan mencadangkan undang-undang baharu bagi membanteras penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti sedemikian.

Najib berkata kerajaan bercadang membentangkan undang-undang baharu itu pada sesi Dewan Rakyat akan datang.

Dalam perkembangan lain, Ayob Khan berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan badan bukan kerajaan (NGO) terlibat dalam membantu kumpulan militan di negara berkonflik termasuk di Syria.


Tags / Kata Kunci: Polis , IS

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan