RCI: Sabah Tumpuan Operasi Agresif Imigresen - Mustafa

Diterbitkan: Jumaat, 5 Disember 2014 12:10 AM

mustafa ibrahim

Mustafa Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen akan melancarkan operasi secara agresif di Sabah dalam tempoh terdekat bagi mengesan dan menangkap pendatang asing tanpa izin (Pati) berikutan pengumuman hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), pada Rabu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, pihaknya sudah mengenal pasti kawasan yang dianggap panas dalam operasi berkenaan terutama di Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu.

Katanya, agensi itu tidak akan menunggu sehingga penubuhan jawatankuasa tetap dan jawatankuasa kerja yang disyorkan dalam laporan RCI, bagi melancarkan operasi itu kerana yang penting isu Pati di Sabah dapat diselesaikan.

"Saya nak tegaskan operasi (menangkap Pati) berterusan. Sebelum prosiding RCI dan semasa prosiding serta selepas prosiding pun kita memang buat operasi menahan dan menghantar pulang Pati. Operasi akan berterusan seperti biasa mengikut undang-undang sedia ada.

"Jabatan Imigresen mengambil sikap positif kepada laporan RCI. Selain menjalankan operasi biasa, RCI akan menjadi panduan kepada operasi Imigresen di Sabah," katanya kepada pemberita selepas melawat pejabat cawangan Imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), di sini Khamis.

Mustafa berkata, jumlah kakitangan Jabatan Imigresen di Sabah berupaya melaksanakan tugas itu dan jika perlu, agensi itu akan bekerjasama dengan agensi penguat kuasa lain di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Katanya, Jabatan Imigresen juga akan memperkasa unit risikannya di Sabah bagi mengesan lokasi dan aktiviti Pati selain meningkatkan keupayaan pelaksanaan sistem biometrik di tujuh pintu masuk utama rakyat asing di Sabah.

Sementara itu, Mustafa berkata, seramai 17,086 Pati di Sabah telah dihantar pulang ke negara asal dari Januari hingga November tahun ini, dengan 13,397 daripadanya warga Filipina, Indonesia (3,435) dan selebihnya dari negara lain. 

Dalam perkembangan lain, Mustafa, yang membuat lawatan sulungnya ke Sabah sejak dilantik ke jawatan itu pada 14 November lepas, memberi amaran bahawa tiada tempat dalam agensi itu bagi mana-mana pegawai dan anggota yang melindungi Pati.

Katanya, agensi itu akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui Unit Integriti yang dianggotai pegawai SPRM di Jabatan Imigresen bagi memantau perilaku setiap pegawai dan anggotanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan