Respons Positif Selepas Amaran CCRIS - Pengerusi PTPTN

Diterbitkan: Jumaat, 5 Disember 2014 10:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Langkah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menyenaraikan nama peminjam dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) menjelang 1 Januari tahun depan telah menunjukkan peningkatan dalam pembayaran balik.

Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata pembayaran balik dari 4 November hingga 27 November meningkat sebanyak 69 peratus atau RM23 juta berbanding tempoh yang sama pada bulan Oktober.

"Purata pembayaran balik bagi bulan September adalah RM1.8 juta setiap hari, manakala pada bulan Oktober, ia telah meningkat kepada RM2.5 juta sehari," katanya.

Shamsul Anuar berkata lebih ramai yang menghubungi talian hotline PTPTN dan pergi ke kaunter 'walk-in' cawangannya untuk menyemak status pinjaman mereka.

Beliau berkata PTPTN berharap untuk memenuhi sasaran mendapatkan semula 60 peratus daripada pinjaman terkumpul.

"Perkara yang paling penting adalah, jika anda mempunyai masalah, datang dan bercakap dengan kami," katanya kepada The Star.

Shamsul Anuar menegaskan bahawa CCRIS adalah satu sistem yang mengumpul maklumat kredit peminjam dan telah digunakan untuk menentukan sejarah kredit seseorang dan ia bukanlah sistem senarai hitam.

Beliau berkata PTPTN telah mengambil pelbagai tindakan untuk memastikan pembayaran balik dibuat dengan sebaiknya.

"Ini termasuk mengeluarkan notis dan peringatan, menghantar nama mereka kepada senarai hitam Jabatan Imigresen dan mengambil tindakan undang-undang.

"Walau bagaimanapun, mereka masih bermasalah dalam pembayaran balik. Oleh itu, CCRIS adalah satu pendekatan untuk memastikan bahawa peminjam lebih berdisiplin dalam membayar balik pinjaman mereka, " katanya.

Mengenai isu peminjam tidak dapat membayar balik pinjaman kerana mereka tidak mendapat kerja, beliau berkata PTPTN menyedari masalah mereka.

"Dalam kes seperti ini, kami menggesa mereka untuk berbincang dengan kami.

"Masalahnya, mereka tidak tampil bertemu kami," katanya.
Tags / Kata Kunci: PTPTN , CCRIS , Datuk Shamsul Anuar Nasarah

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan