Perlis Dan Kedah Catat Jumlah Pesakit Buah Pinggang Tertinggi

Diterbitkan: Jumaat, 5 Disember 2014 2:47 PM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Perlis dan Kedah mencatat kes paling banyak pesakit buah pinggang, kata Ketua Pegawai Esekutif Yayasan Buah Pinggang Negara (NKF), Chua Hong Wee.

Beliau berkata penilaian tersebut dibuat berdasarkan kepada jumlah pesakit di kedua-dua negeri terbabit sejak beberapa tahun lalu.

"Kita tidak dapat pastikan apakah punca sebenar menyebabkan kedua-dua negeri ini mempunyai bilangan paling ramai pesakit buah pinggang, tetapi tidak mustahil kemungkinan ada kaitan sebab negeri terbabit mempunyai kilang gula," katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Chua berkata demikian pada majlis penyerahan mesin hemodialisis bernilai RM45,000 sumbangan Persatuan Isteri Pegawai dan Kakitangan Petronas Malaysia (Petronita) melalui NKF untuk Pusat Hemodialisis Tuanku Syed Putra (PHTSP) di Taman Bukit Kaya di sini.

Katanya, punca utama berlaku kes penyakit buah pinggang adalah disebabkan kencing manis yang terlalu tinggi hingga memberi kesan kepada fungsi buah pinggang menyebabkan seseorang pesakit perlu menjalani rawatan hemodialisis.

Chua berkata NKF kini menyediakan 28 pusat rawatan hemodialisis di seluruh negara dengan kadar bayaran paling minima.

Katanya NKF memerlukan perbelanjaan kira-kira RM36 juta bagi mengendalikan pusat rawatan tersebut setiap tahun, justeru NKF amat mengharapkan sokongan dan sumbangan daripada orang ramai yang berkemampuan bagi meneruskan program itu.

Sementara itu, Setiausaha Pertubuhan Pengurusan PHTSP, Datuk Johari Mohd Darus berkata dengan sumbangan itu, pusat tersebut kini mempunyai 19 mesin hemodialisis untuk memberi rawatan kepada 51 pesakit.

Beliau berkata pesakit yang masih belum menerima rawatan boleh mendaftar di pusat itu yang mampu menampung sehingga 84 pesakit.

Katanya difahamkan di Perlis sahaja sekarang terdapat kira-kira 1,200 penghidap buah pinggang.

Ketua Biro Kebajikan Petronita Malaysia, Nazree Aniza menyerahkan sumbangan itu kepada Johari dengan disaksikan Pengerusi Petronita Gurun, Kedah, Yusnani Alionar dan barisan lembaga pengarah PHTSP.


Tags / Kata Kunci: Perlis , Kedah , Buah Pinggang

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan