Perlantikan Baharu MAS Sedia Asas Untuk Kejayaan - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 5 Disember 2014 10:07 PM

Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelantikan yang diumumkan oleh Khazanah Nasional Bhd dalam penstrukturan semula Malaysia Airlines Systems Bhd (MAS) pada Jumaat merupakan sebahagian daripada usaha untuk menyediakan asas kukuh bagi kejayaan syarikat penerbangan nasional itu pada masa depan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. 

"Penting bagi kita mempunyai pakar terbaik yang memiliki kepakaran dan pengalaman untuk membantu memacu usaha penstrukturan semula terus ke hadapan, memimpin syarikat penerbangan mencatat keuntungan, dan membimbing pengganti daripada rakyat Malaysia untuk mengambil alih kepimpinan syarikat penerbangan tersebut pada masa depan," kata Perdana Menteri dalam kenyataan pada Jumaat.

Pelantikan tersebut, diumumkan pada Jumaat, dibincangkan dan diputuskan pada mesyuarat Lembaga Pengarah Khazanah yang dipengerusikan oleh Najib pada Khamis.

Perdana Menteri berkata, kerajaan komited untuk melihat kejayaan sepenuhnya pemulihan MAS.

Khazanah melantik Christoph R. Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)- Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo), berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.

Mueller, yang ketika ini merupakan CEO Aer Lingus Plc, syarikat penerbangan nasional Ireland, juga akan dicalonkan menyertai Lembaga Pengarah MAS sebagai Pengarah Bukan Eksekutif.

Dana pelaburan strategik kerajaan itu turut mencalonkan Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly menyertai Lembaga Pengarah MAS sebagai Pengarah Bukan Eksekutif.

Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, Lembaga Pengarah Khazanah dalam perbincangannya mengambil kira keadaan kritikal penstrukturan semula MAS, yang memerlukan kepakaran pengurusan penerbangan terbaik, khususnya, mereka yang mempunyai rekod pencapaian yang kukuh dalam memulihkan syarikat penerbangan negara.  

"Pencarian global yang meluas dilaksanakan meliputi tenaga kerja rakyat Malaysia dan antarabangsa," kata Azman.

Beliau berkata, Mueller merupakan calon terbaik dan mempunyai dua tugas yang sama penting: memimpin pemulihan syarikat penerbangan nasional dan membangunkan pengganti tempatan. 

Sementara itu, Azman berkata, pelantikan Shazalli menyertai Lembaga Pengarah MAS juga akan membawa kepakaran dan pengalaman yang luas dalam banyak bidang,

termasuk pemasaran, penjenamaan dan pemulihan korporat.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan