Khazanah Lantik Christoph Mueller Sebagai CEO MAS

Diterbitkan: Jumaat, 5 Disember 2014 8:28 PM

Christoph R. Mueller dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo), berkuat kuasa 1 Jan tahun depan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd melantik Christoph R. Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo), berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.

Mueller, yang ketika ini merupakan CEO Aer Lingus Plc, syarikat penerbangan nasional Ireland, juga akan dicalonkan menyertai Lembaga Pengarah Malaysian Airline System Bhd (MAS) sebagai Pengarah Bukan Eksekutif.

Dana pelaburan strategik kerajaan itu dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly akan dicalonkan menyertai Lembaga Pengarah MAS sebagai Pengarah Bukan Eksekutif.  

Pada masa yang sama, Mohammed Shazalli akan kekal sebagai CEO dan Pengarah Celcom Axiata Bhd.

Pencalonan Mueller dan Mohammed Shazalli menyertai Lembaga Pengarah MAS adalah susulan pelantikan Mohd Izani Ashari sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif pada 12 September 2014. 

Lembaga Pengarah MAS, berkuat kuasa 1 Januari 2015, akan dianggotai:

Tan Sri Md Nor Yusof (Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif); 

Ahmad Jauhari Yahya (Pengarah Urusan/CEO Kumpulan); 

Christoph R. Mueller (bakal CEO/Pengarah Bukan Eksekutif);

David Lau Nai Pek (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kanan);

Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah (Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif);

Mohd Shahazwan Mohd Harris (Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif);

Tan Sri Krishnan Tan Boon Seng (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif);

Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif);

Tan Sri Sukarti Wakiman (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif); 

Dr Mohamadon Abdullah (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif);

Mohd Izani Ashari (Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif);

Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly (Pengarah Bukan Eksekutif); dan,

Datuk Fauziah Yaacob (Pengarah Gantian kepada Mohd Irwan Serigar/Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif).

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan