Kerajaan Cari Kaedah Terbaik Bantu Pekebun Kecil Getah

Diterbitkan: Jumaat, 5 Disember 2014 3:57 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan mencari kaedah terbaik bagi membantu kira-kira 400,000 pekebun kecil yang merosot pendapatan mereka ekoran kejatuhan harga komoditi itu sekarang, kata Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan terdapat pekebun kecil getah yang hidup dalam kesusahan akibat penurunan harga komoditi itu sehingga tidak mampu membayar bil elektrik bulanan.

"Mekanisme bantuan untuk jangka masa pendek atau panjang akan dibincangkan dalam mesyuarat pada 15 Dis ini yang akan turut melibatkan Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang begitu prihatin dengan nasib pekebun kecil telah meminta supaya diperincikan cara-cara dan kaedah bantuan walaupun harga getah ditentukan pasaran antarabangsa.

"Tindakan segera perlu diambil untuk membantu mereka," katanya dalam sidang media selepas majlis perhimpunan bulanan kementerian itu di sini, Jumaat.

Pada perhimpunan itu, Mohd Shafie mengingatkan warga kementerian dan agensi di bawahnya supaya meningkatkan prestasi kerja masing-masing dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat khususnya di luar bandar.

Beliau turut mengingatkan warga kementerian supaya berjimat cermat dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.

"Kita perlu bersedia lebih awal dalam keadaan yang ada pada hari ini. Ini kerana kita perlu banyak memberi perkhidmatan kepada masyarakat bukan sahaja bantuan prasarana tetapi tajaan biasiswa untuk pelajar di luar negara," katanya.


Tags / Kata Kunci: Getah , Komoditi

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan