Kemudahan Internet Lebih Stabil Buat Pengguna Kereta Api Tiga Tahun Lagi

Diterbitkan: Jumaat, 5 Disember 2014 5:11 PM

Ahmad Shabery (kanan) ketika melancarkan Rakan Kembara di Kl Sentral di Kuala Lumpur, Jumaat. Turut hadir (dari kiri) Presiden Majlis Belia Malaysia, Maliki Mohamed Rapiee, Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Presiden Rakan Kembara Malaysia, Wan Salwati Abdullah dan Pengerusi KTM Berhad, Datuk Ir Nawawi Ahmad. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengguna kereta api antara bandar dijangka mendapat kemudahan akses internet yang lebih stabil dengan kelajuan sekurang-kurangnya 3G dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ini selaras dengan penambaikan yang dilakukan kerajaan termasuk membina 1,000 pencawang telekomunikasi di seluruh negara, yang dijangka siap menjelang 2018.

"Kereta api banyak melalui kawasan pedalaman di mana kawasan berkenaan tidak mendapat isyarat yang kuat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kelab Kembara Malaysia dan mesyuarat agung pertama kelab itu di sini, Jumaat.

Beliau berkata, perkara itu akan dikaji oleh kementerian dengan lebih teliti terutamanya bagi memperluas capaian internet di kawasan berpenduduk.

Ahmad Shabery berkata, selain menambah pencawang telekomunikasi, kementerian juga dalam usaha membangunkan infrastruktur televisyen digital yang dijangka siap sepenuhnya pada 2017, sebelum menghentikan terus perkhidmatan analog pada 2020.

Menurutnya, ini akan memberi faedah kepada pengguna antara lain dari segi kandungan siaran kerana lebih banyak saluran televisyen bebas untuk disiarkan bakal diwujud.

Beliau berkata, perancangan juga sedang dibuat bagi menjalin kerjasama dengan pengendali pengangkutan awam termasuk Keretapi Tanah Melayu Berhad, Prasarana yang mengendalikan bas Rapid, Aliran Transit Ringan dan monorel untuk memberi kemudahan siaran televisyen yang stabil dalam pengangkutan mereka, sebaik usaha pendigitalan itu selesai.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan