Kementerian Kesihatan Siap Siaga Hadapi Banjir Seluruh Negara

Diterbitkan: Jumaat, 5 Disember 2014 6:59 PM

Dr. S. Subramaniam diberi penerangan mengenai sekolah baru yang akan dibina sempena majlis Perletakan Batu Asas Sekolah Baru SJK(T) Ladang Regent, Gemencheh dekat Tampin, Jumaat. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

TAMPIN: Kementerian Kesihatan sudah bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlakunya banjir di seluruh negara, kata menteri berkenaan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata, antara persediaan yang dilakukan kementerian ialah memastikan penyakit berjangkit tidak berlaku dalam kalangan mangsa banjir. 

"Kita mempunyai prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan penyakit berjangkit tidak berlaku dalam kalangan mangsa banjir. 

"Semua hospital dan klinik kesihatan diarah bersiap sedia membantu orang ramai mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan," katanya kepada pemberita selepas majlis peletakan batu asas sekolah baharu SJKT Ladang Regent, Gemencheh dekat sini, Jumaat.

Dr Subramaniam berkata, kakitangan Jabatan Kesihatan juga ditempatkan di pusat pemindahan untuk membuat pemantauan sebelum dan selepas banjir. 

Mengenai SJKT Ladang Regent, Dr Subramaniam yang juga Timbalan Presiden MIC menyambut baik langkah IOI Plantation Bhd menyediakan tapak untuk membina bangunan sekolah yang baharu.

Langkah syarikat perladangan itu menyumbangkan tanah seluas 1.215 hektar untuk pembinaan bangunan baharu SJKT Ladang Regent, yang terletak tidak jauh dari pekan Gemencheh, membolehkan anak-anak masyarakat India di Tampin meneruskan pelajaran mereka, katanya.

SJKT Ladang Regent akan dibina dengan kos RM8.5 juta di bawah peruntukan Pakej Rangsangan Khas (PRK) 2012 dan dijangka siap pada Ogos 2016.

Sekolah itu akan mempunyai dua blok bangunan setingkat dengan enam bilik darjah serta kemudahan lain seperti makmal komputer, perpustakaan, kantin dan dewan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan