CEO Star Menang Anugerah Kepimpinan Di China

Diterbitkan: Jumaat, 5 Disember 2014 11:10 AM

Datuk Seri Wong Chun Wai (kanan) bersama anugerah yang diberikan kepadanya.

(Ubah saiz teks)

CHONGQING:  Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Urusan Star Publications (M) Bhd Datuk Seri Wong Chun Wai diberikan anugerah pencapaian seumur hidup pada Forum Ekonomi Cina Sedunia (WCEF) di sini untuk sumbangan beliau kepada industri media.

Chun Wai menerima 'Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Kepimpinan Industri Media' WCEF di majlis makan malam WCEF keenam, di sini malam Khamis. Anugerah itu disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Chun Wai melahirkan penghargaan apabila kerja-kerjanya telah diiktiraf, sambil menambah anugerah itu akan tidak menjadi kenyataan tanpa sokongan daripada rakan-rakannya serta rakan-rakan wartawannya.

"Tanpa sokongan mereka, ini tidak akan menjadi kenyataan. Saya ingin berkongsi (anugerah) dengan mereka," katanya.

Chun Wai berkata semua orang di The Star menganggap anugerah itu sebagai satu galakkan memandangkan ia juga menunjukkan kempen kesederhanaan akhbar tersebut mendapat pengiktirafan.

Chun Wai telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Star Publications pada 11 Mac 2010 dan menjadi Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif pada 20 November 2013. 

Sebelum ini, beliau telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan termasuk sebagai Ketua Pengarang Kumpulan untuk akhbar tersebut.

Bekas Pengerusi Asia News Network itu telah berkhidmat dengan syarikat itu selama 30 tahun, bermula sebagai seorang wartawan di pejabat The Star, Pulau Pinang.

WCEF berkata Chun Wai, yang juga rakyat Malaysia pertama yang dilantik ke dalam lembaga Forum Editor Dunia yang berpangkalan di Paris, menyokong kesederhanaan dalam politik dan agama.

10 yang lain yang menerima anugerah termasuk Pengerusi Majlis Utar Tun Dr Ling Liong Sik (sumbangan kepada kerajaan dan pendidikan); Pengerusi kumpulan CIMB Datuk Seri Mohamed Nazir Abdul Razak (kepimpinan dalam perbankan dan perkhidmatan kewangan) dan Naib Pengerusi Eksekutif Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd  Tan Sri Lim Kang Hoo (pembinaan dan pembangunan hartanah).

Rakyat Malaysia yang lain ialah Pengerusi Kumpulan UCSI Datuk Peter TS Ng (kepimpinan dalam pendidikan); Presiden Kolej Antarabangsa INTI Subang Tan Yew Sing (kepimpinan masyarakat dan pembangunan pendidikan) dan Pengerusi Southern Capital Tan Sri TH Tan (kepimpinan dalam perkhidmatan kewangan dan ekuiti swasta); Pengarah Urusan MPHB Capital Bhd Tan Sri Surin Upatkoon (kepimpinan dalam keusahawanan).

Mereka yang lain termasuklah termasuk media, pemimpin korporat dan keagamaan dari Filipina, Indonesia dan China.

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat WECF telah diperkenalkan pada tahun 2011 untuk memberi penghormatan kepada individu yang telah memberikan sumbangan asas penting dalam bidang kerja masing-masing.

Penerima anugerah mesti telah menunjukkan komitmen seumur hidup untuk membuat sesuatu yang berlainan dan mesti memberikan sumbangan cemerlang dalam jangka masa yang panjang kepada masyarakat serantau dan global.
Tags / Kata Kunci: WCEF , Datuk Seri Wong Chun Wai

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan