Bonus Setengah Bulan Untuk Penjawat Awam Negeri Sembilan

Diterbitkan: Jumaat, 5 Disember 2014 3:38 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam negeri dengan bayaran minimum sebanyak RM500.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ia sebagai menghargai sumbangan berterusan penjawat awam dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan.

"Bayaran ini akan dijelaskan pada 2 Jan 2015.

"Dengan insentif ini, saya amat berharap prestasi kakitangan awam negeri ini akan terus dipertingkat di samping memegang teguh prinsip integriti dalam setiap gerak kerja," katanya ketika berucap semasa membentangkan Bajet Negeri 2015 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, Jumaat.

Sementara itu, dalam usaha menggalakkan jabatan dan agensi meningkatkan prestasi pengurusan kewangan di tahap 'Sangat Baik' dalam tahun-tahun akan datang, kerajaan negeri memberikan insentif kewangan sebanyak RM10,000 kepada setiap jabatan dan agensi yang berjaya mencapai standard itu.

Mohamad berkata pada 2013, berdasarkan pemarkahan Jabatan Audit Negara ke atas 14 jabatan dan agensi kerajaan negeri, sembilan jabatan dan agensi berjaya mencapai tahap 'Sangat Baik' dengan markah yang diperoleh melebihi 90 peratus.

"Lima agensi lagi mencapai tahap 'Baik' dengan markah antara 84.2 peratus dan 89.9 peratus," katanya.

Jabatan dan agensi yang telah mencapai kejayaan pada tahap 'Sangat Baik' ialah Majlis Perbandaran Seremban, Pejabat Kewangan Negeri, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan, Pejabat Daerah dan Tanah Seremban dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

Selain itu Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Majlis Agama Negeri Sembilan turut mencapai tahap 'Sangat Baik'.

Tags / Kata Kunci: Negeri Sembilan

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan